Cari Blog Ini

Jumaat, 6 April 2018

Buaya mengendap


Lebih kurang pukul 5 petang aku keluar rumah untuk memancing disebatang sungai kira-kira 3 km dari rumah keluarga. Nama sungai itu ialah Sungai Bentong, yang airnya mengalir ke Sungai Pahang. Aku tidak  memberi tahu mereka pun kemana aku pergi. Aku pergi seorang diri. Hanya dengan berjalan kaki kerana aku perlu memasuki kehutan untuk sampai ke tempat yang dituju.

Dengan berbekalkan joran buluh dan sedepa dua tali tangsi dan beberapa bilah mata pancing. Tidak ada senjata yang aku bawa. Tidak ada parang. Tidak ada pisau. Semua itu aku tidak punya.

Sesampai di lokasi aku cari tempat yang paling ideal sekali iaitu dibahagian atas lubuk, dimana aku kira ikan-ikan dari atas sungai pasti melalui tempat ini.

Puas aku tunggu hampir dekat sejam tidak ada apa-apa berlaku. Tetiba hati aku tergerak untuk memandang ketengah sungai yang agak besar juga, airnya yang keruh dan deras. Aku terlihat sebatang kayu hitam yang agak besar dihanyutkan air, tetapi kenapa menuju kearah aku. Aku terdetik mengata ini adalah buaya, serta merta ia tenggelam dan tidak timbul lagi. Ku kira ia sedang merangkak didasar sungai untuk sampai kearah aku.

Aku tak ambil masa lama untuk berfikir, aku terus sahaja meninggalkan tempat itu dan naik ke tebing yang lebih tinggi dan tidak mungkin buaya dapat menyambar. Tempat aku duduk tadi hanya sejengkal dari gigi air. Memang merbahaya.

Apa yang aku fikir saat itu ialah kedatangan buaya itu pasti bersama bah besar yang baru melanda sungai ini beberapa hari lalu. Kesannya air sungai masih besar dan keruh. Setahu aku belum ada sesiapa pun yang mengatakan sungai ini ada buaya.. Namun Sungai Semantan dan Sungai Pahang masih lagi jauh. Sungai-sungai memang terkenal dengan buaya-buayanya. Buaya ini kemungkinan mudik dari sini.

 Kepada kaki-kaki pancing berhati-hatilah selalu, jangan leka sangat sehingga tak ingat apa benda. Musuh kita berada dimana saja.

 Apabila aku datang lagi kesini, aku tetap ingat dan berhati-hati.

 Tahukah apa yang terjadi beberapa bulan kemudian. Aku datang lagi ke sini, tetapi aku memancing kehilir sedikit. Kali ini aku bawa senjata ia itu sebilah parang yang digunakan oleh ayah aku jika pergi memburu dihutan belantara. Aku ambil parang tanpa izin dia. 

Hendak jadikan cerita, ketika aku terbongkok-bongkok ditebing sungai untuk mendapatkan lokasi yang ideal, parang itu terjatuh ke dalam lubuk yang berada di bawah pokok kayu besar. Aku termenung seketika. Rasa takut menyelubungi diri aku, aku teringatkan buaya satu hal, kemarahan ayah aku lagilah tak boleh tahan. Aku serahkan kepada nasib. Mula-mula aku hulur kaki aku ketempat parang itu jatuh. Raba punya raba, aku terasa hulu parang, rupa-rupanya parang itu jatuh terpacak. Tidak berlengah lagi aku hulur tangan aku dan terus tarik parang itu naik ke tebing. Aku cukup menyesal dan terus pulang kerumah. Aku cukup-cukup bertaubat selepas itu aku tidak lagi memancing di tempat itu dan tidak lagi membawa parang kecuali parang aku sendiri. Hendak tahu umur aku masa itu 16 tahun. Begitulah kesah hidup ku.