Cari Blog Ini

Selasa, 16 September 2014

DENDAM 2

Apa benda ni! Kepala lembu dan badannya beruang. Menari-nari dengan kaki dua.
"Kau ni siapa? Kau siapa? Kau hendak apa?," tanya saya. Tidak ada jawapan. Lembaga itu masih menari dan menari.
"Hoi! Aku tak ada gendang, tak ada kecapi,tak ada seruling nak melayan kau menari," sambong saya. Lembaga itu buat tidak faham, atau memang dia bisu.
"Aku tak ingin berguru dengan kau. Aku juga tak mau ambik kau menjadi murid aku. Berambus! Bermbus..keluar keluar," jerekah saya. Dalam keadaan macam ini apa pun saya dah lupa, dah tak ingat. Kelam kabut. Lama kemudian baru teringat nak baca ayat itu, ayat ini, yang mana dulu nak dibacakan, untuk menghalau jembalang puaka ini. Saya cuba baca ayat kursyi. Baca. Baca. Baca. Dan disambong dengan bacaan bismillah 21 kali. Dengan izin Allah, lembaga itu semakin mengecil,dan mengecil, satu bunyi "pop" kedengaran, lalu lesap dalam udara. Saya hampir pensan,bukan kerana saya takut, tapi letih yang amat sangat.

Malam kedua

Kali ini saya dah bertambah semangat. Saya fikir dia mungkin datang lagi, mungkin dalam bentuk lain pula. Tunggu punya tunggu, jam dah hampir tiga pagi. Tiba-tiba satu bayangan menembusi dinding rumah daripada papan, satu lembaga perempuan menjelma sungguh mengerikan, rambutnya hitam melepasi bahu,mukanya putih, kuku jari tangannya sehasta panjang,dan berpakai buruk. Sepasang matanya mencilau melihat kearah saya. Nampaknya dia lagi sial daripada makhluk terdahulu. Dia duduk disudut rumah, berpindah-pindah, kejap disudut kiri,kejap disudut kanan. Lagaknya dia bila-bila masa hendak menerkam saya. Memang terasa nak runtuh jantong saya dengan pandangan matanya. Rasa-rasa saya dah tak boleh tahan, kalau boleh nak subuh secepat mungkin, supaya ada orang azan suboh. Supaya hantu ni boleh masuk kealam dia semula.
"Hoi kau ni siapa ! Siapa yang hantar kau kemari! Kau jangan ganggu hidup aku boleh. Aku tak ganggu hidup kau,' tanya saya. Dia tak menjawab, hanya kuku tangannya yang boleh keluar masuk, dan menunjuk-nunjuk kepada saya.
"Hoi! Kau keluar dari rumah aku ni boleh tak, keluar sekarang," Namun dia tak bergerak. Saya baca ayat kursyi juga tak menjadi apa. Mungkin bacaan saya yang tak betul sebutan..Dalam pada itu kedengaran azan subuh dari masjid berdekatan, lembaga setan itu mengecil dan mengecil, dan mengeluarkan bunyi "pop" lalu ghaib.
Saya terasa amat letih dan mengantuk begitu teruk sekali..

Malam ketiga

Saya pasang telinga, dan kawal perasaan saya, bila terdengar ada sesuatu yang bergerak didepan pintu rumah. Kemudian saya terlihat kuku-kuku jari dari sepasang tangan muncul dari bawah dedaun pintu. Kuku-kuku menggaru-garu lantai kayu, betul-betul mengganggu.
"Hoi dah tak ada kerja lain ke?", sergah saya. "Aku hentak kau nanti," sambong saya. Kuku itu menghilang, rupa-rupa setan beralih kebelakang rumah. Dia menggaru-garu dinding papan dari atas ke bawah berulang-ulang. Kemudian tak ada apa-apa kedengaran lagi selepas saya membaca ayat kursyi ..Senyap terus.

Selepas kejadian tersebut saya sakit teruk kerana tekanan perasaan yang amat sangat. Kakak saya datang dan bawa kehospital dan ditahan hampir tiga minggu. Dalam masa itu rumah pusaka itu musnah terbakar. Abang saya dah lama suruh saya keluar dari rumah itu sebab rumah itu hendak dijual dan rumah itu sudah dicagarkan kebank. Saya tetap berkeras tak mau keluar.

Begitu cerita Zamshah kepada saya. Dia keturunan Pakistan.

Kesimpulannya memang ini tak syak lagi adalah permainan sihir untuk mengusir penghunai rumah itu agar meninggalkan rumah berhantu, yang akhir membuat adik beradik berpecah dan merempat.

Tiada ulasan: