Cari Blog Ini

Ahad, 16 Oktober 2016

Surat Kepada Penunggu Lombong

    Habis saja time kerja, aku terus saja ke Gerai Makcik Meon untuk minum petang. Nak balik terus kerumah sewa bujang, apa ada. Tidur saja yang boleh. Sampai-sampai terus order air dan makan kueh apa yang ada.

    Mak cik beri tahu ada budak lemas di lombong belakang gerainya.  Kira-kira 300 meter saja dari gerainya. Tengah hari balik saja dari sekolah budak-budak yang rumah setinggan mereka berdekatan kawasan lombong itu akan mandi disitu ramai-ramai. Berpesta betullah. Budak-budak sekolah rendah. Terjun punya terjun seorang daripada mereka tenggelam tidak timbul-timbul lagi. Yang lain habis penik. Datang semua mak bapak dia orang. Memang kecuh. Pasukan penyelamat sudah dipanggil dan sudah pun memulakan tugas. Sejak tengah hari tadi hingga ke petang masih belum berhasil mendapatkan mangsa.

    Sebaik keluar dari kedai mak cik Meon, aku cuba meninjau-ninjau dari kejauhan kearah tempat kejadian, memang ramai betul orang. Belum ada kejadian seperti ini sebelum ini. Dulu-dulu dengar cerita orang di Kampong Datok Keramat Kuala Lumpur tempat ini tempat buangan mangsa-mangsa trajedi berdarah 13 Mei. Tempat ini memang dah berpuaka. Kalau begitu mesti ada cara ghaib untuk mengeluar mayat budak tu. Itu yang aku fikirkan dalam perjalanan balik kerumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian. Syaitan dan iblis memang ada dimana-mana sebab jumlah mereka 9% dari jumlah manusia. Kalau kita percaya tempat itu ada dia, memang adalah dia disitu. Dia mengikut kepercayaan orang ramai.

    Sampai di rumah aku masih mencari ilham macam mana nak buat. Ilham ni dua martabat, satu dia datang sendiri dan kedua ilham kena cari. Baru aku ingat satu kaedah. Tidak berlenggah lagi aku mengambil sehelai kertas lalu menulis Bismillahirahmanirahim. Wahai dot dot (ini rahsialah tak boleh share sebab tak mahu digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab). Siap tulis aku lipat elok-elok dan terus simpan dalam poket baju.

    Pagi 7.30 aku dah keluar rumah. Begitulah setiap pagi. Aku akan lalu ditepi lombong itu. Setibanya ditepi lombong itu aku campak surat yang telah aku ikat dengan batu kedalam lombong kira-kira 5 meter dari tebing. Dan aku terus ke gerai makcik Meon untuk minum pagi dan aku pastikan sebelum 8.00 am aku dah ada dalam pejabat.

    Petang selepas habis kerja biasalah pergi minum dulu dan bertanya makcik apa ceritanya budak lemas tu. Nampaknya tak ada apa-apa perubahan. Masih tak dapat.

    Aku pun berjalan pulang kerumah dan melihat ketempat pencarian. Orang masih ramai. Dan pertugas keselamatan masih terkiai-kiai melempar besi penyangkuk ketempat mangsa yang difikirkan tenggelam. Namun tak berhasil. Aku lantas pergi ketempat aku buang surat tu dan berdiri sambil berkata, "mengapa kau tak lepaskan budak tu. " Tiba-tiba air lombong berombak dengan kuat dan terdengar orang ramai menjerit. Aku lihat dengan mata aku mayat mangsa mengambor setinggi tak kurang 15 kaki dekat dengan tempat pencarian. Aku tinggal tempat itu dengan penuh rahsia sehingga cerita ini ditulis.

Tiada ulasan: