Ketika itu aku hendak balik ke pejabat selepas makan tengahari disebuah restoran berdekatan dengan SOGO, tetiba aku disapa oleh seorang perempuan dekat dengan bangunan MARA di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
"Abang kenal saya lagi tak? Saya Ebik. Ini suami saya. Inilah abang Hamid, dialah tolong saya dulu, " katanya
"Ya kenal. Doa yang saya bagi tu awak amal tak? jawab aku. Aku baru teringat detik-detik aku mengubat perempuan ini. Saat itu umur dia baru 15 tahun, bersekolah dalam tingkatan tiga.
"Saya amal sampai sekarang, " katanya.
"Kirim salam kat mak dan bapak awak ya, " sambong aku. "Senang-senang carilah saya diperjabat," sambil menunjukkan bangunan dimana aku bekerja. Rupa-rupanya dia selalu datang kebangunan tempat aku kerja itu untuk satu kes rawatan. Dan akhirnya kami berpisah kerana aku hendak mula bertugas.
Itulah pertemuan pertama setelah tidak berjumpa sekian lama. Aku cuba mengingati semula kisah Ebik ini. Beberapa tahun yang lalu. Kesahnya seperti berikut.
Masa itu aku bekerja disebuah Worksyop Kenderaan MARA di Datok Keramat. Tengah hari macam biasalah keluar dari pejabat terus ke gerai Makcik Meon. Gerai makan dekat. Nampaknya aku seorang yang sampai dulu. Kemana agaknya pekerja Workshop yang lain. Mungkin mereka makan di restoran. Setelah mengambil makanan sekadarnya untuk mengalas perut, aku duduk diam-diam disatu meja berhadapan dengan sekumpulan pelajar perempuan. Kebetulan hendak bertemu dengan mereka. Mereka juga sedang makan dan berbual dengan rancaknya. Aku tidak kenal mereka ini kecuali Ebik, dia anak tuan yang ampunya gerai ini. Wah rancak betul mereka bercerita. Yang aku pulak asyik melihat Ebik sebab dialah yang paling banyak bercakap. Kawan-kawan dia lebih banyak mendengar daripada bercakap. Ebik tersedar yang aku sedang memerhatikan dia. Bila mata kami bertentangan semacam aura ghaib terpancar dari pandangan itu, baru aku tahu dia bukan Ebik. Makhluk halus ini telah berada didalam tubuh Ebik. Makhluk ghaib ini juga tahu yang aku tahu dia siapa. Aku terus makan dan buat-buat tidak mengerti dan menghiraukan apa yang telah terjadi itu. Namun tidak seorang pun kawan Ebik tahu apa yang telah terjadi kepada Ebik. Mereka tidak sedar mereka sedang dikuasai oleh kuasa ghaib.
Selesai makan aku terus beri tahu Makcik, bahawa anak perempuannya sudah dimasuki benda halus kedalam badannya. Makcik Meon betul-betul terkejut. Tetapi aku sudah beritahunya agar bertenang saja. "Nanti lepas maghrib saya datang, " kata aku pada makcik. Aku pun baliklah kepejabat tanpa memberitahu sesiapa pun tentang apa yang berlaku.
Habis kerja aku terus balik ke rumah sewa di Kampung Melayu Keramat Dalama tak jauh dari tempat kerja. Dirumah aku duduk memikirkan jin jenis apa yang menyerap kedalam badan Ebik ni. Jin ni pandai bercerita buktinya kawan-kawan Ebik teruja dengar cakap Ebik. Memang hebat sangat. Yalah jin tu hidup beratus-ratus tahun semua benda, semua perkara dia tahu..
Tepat pada masa aku dah berada dirumah makcik Meon. Dalam rumah itu ada tiga orang tak termasuk aku . Ayah, Ebik dan ibunya. Aku minta lampu letrik dipadamkan, dan gunakan lampu lilin saja. Keadaan dalam bilik jadi samar-samar, tiba-tiba lampu lilin dipadam oleh suatu kuasa ghaib. Aku nampak hembusannya. Memanglah menyeramkan. Aku suruh pak Meon pasang semula serentak itu terdengar jeritan dari Ebik. Sungguh menyeramkan, tapi aku tak takut. Seram je.
Aku pegang pegelelang tangan Ebik. " Lepaskan aku. Lepaskan aku, " kata Ebik.
"Siapa engkau, " tanya aku.
"Apa kau nak tahu, " jawab Ebik.
"Tak nak beri tau pun tak apa nanti aku tau juga, " balas aku. Suara yang keluar dari mulut Ebik itu adalah suara perempuan. Suaranya cukup nyaring menanda yang ampunya adalah makhluk yang garang, bukan calang-calang.
Ebik betul-betul mengamok sakan. Mak ayah dia turut memegang badan Ebik. Habis dihamburnya. Aku tidak berani nak buat lebih-lebih nanti orang kata aku ambik kesempatan pulak. Aku ni orang muda, Ebik tu anak dara sunti 15 tahun. Akhirnya Ebik dapat melepaskan diri daripada pegangan kedua ibu bapaknya lantas lari keluar rumah. Dia lari menghala petrol pump dekat Workshop MARA, puaslah aku mengejarnya. Tip tup dia buka langkah silat dengan aku. Dia betul-betul macam wirawati. Ayah dan ibu Ebik tak boleh buat apa. Gamam. Tak sangka anak gadis mereka jadi begitu sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan