Cari Blog Ini

Khamis, 12 Mac 2026

Di Rasuk Jin Pantai


Seorang sahabat datang kerumah berjumpa aku untuk
mendapatkan pertolongan. Pertolongan bagi pihak kawannya yang tinggal disebuah asrama pelajar di
Kuala Lumpur. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya
berlaku. Kawan-kawannya yang tinggal bersama di asrama
pelajar sudah mula risau dengan perkembangan
tingkahlaku seseorang sahabat mereka. Menurut sahabat
itu kesah ini berlaku keatas seorang pelajar perempuan.
Sahabat aku itu bertanya adakah aku boleh menyelesaikan
masalah rakan perempuannya. Aku tidak sampai hati
menolak dengan apa-apa alasan.

Nampak gayanya aku tidak boleh berlengah lagi, aku mesti segera membantu sahabat aku itu walaupun aku masih belum bersedia. Apakah rakan perempuan mereka disihir ataupun telah diresapi makhluk halus. Ini yang bermain di dalam benak aku. Ini bukan kerja main-main.



Kami bertolak petang ke Kuala Lumpur, lebih kurang pukul 4 petang. Oleh kerana aku kurang arif jalan dan tempat yang hendak dituju, aku serahkan kepada sahabat aku untuk memandu kereta. Kami menuju ke Asrama Pelajar gadis itu terletak tidak jauh daripada Hospital Tawakkal, Jalan Pahang/Setapak. Jauh daripada rumah aku lebih kurang 25 km. Akhirnya kami pun sampai dah sudah berada dibawah bangunan asrama itu yang terdiri 3 tingkat. Ketika kami hendak naik ke bangunan itu mengikuti langkah-demi langkah anak tangga sudah terdengar suara perempuan terjerit pekik. Dalam hati aku berkata, ini mesti ada orang lain mengerjakan perempuan itu terlebih dahulu. Tapi tidak apalah. Kita tengok saja apa ceritanya.

Kami terus melangkah kesatu anak tangga kesatu anak tangga. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. "Dah sampai dah, dah sampai," sahut seorang pelajar lelaki. " Asalamualaikum.." sahut aku pula.

Dewan asrama ini dipenuhi oleh para pelajar lelaki dan perempuan, sebenarnya dewan ini untuk penghuni asrama perempuan saja,kerana ada seksi perubatan maka mereka berkumpul disini. Masa aku sampai ini kelihatan seorang ustaz sedang membaca ayat-ayat Al-Quran kepada pelajar yang kerasukkan tersebut. Ayat demi ayat dibaca tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Melihat hal yang demikian aku meminta ustaz itu berhenti dan membenarkan aku sambung siri perubatan terebut. Ustaz itu setuju dan aku meneruskan cara aku pulak. Mula-mula aku baca ayat Kursi namun tidak berkesan. Dan aku mulakan dengan dailog.
"Siapa engkau, engkau Jin bangsa apa?" tanya aku. Dia menjawab, "aku Jin Islam."Kau datang dari mana," tanya aku lagi. " Jauh," jawabnya. "Jauh itu dimana, maksud aku apa nama tempat asal mu," dia tak kasi tahu. "Kau tak mahu kasi tahu biar aku yang beri tahu kau,kau datang dari satu pantai dekat perairan Melaka," dia pun menangis seada-adanya. "Kau dah buat dosa ni, lebih baik engkau keluar sekarang," kata ku lagi."Keluar keluar..," bentak aku. Dia terus menangis. "Jauh.." jawabnya sedih. "Kalau kau tidak mahu keluar aku tangkap engkau dan masukkan engkau kedalam botol dan dihantar ke Lautan Qalzum.. duduklah engkau didalam botol itu sampai Kiamat," semangkin beria dia menangis, akhirnya dia bangun dan hendak lari kebawah ikut tangga. Beberapa orang pelajar lelaki bangun cuba menghalang, aku tak benarkan mereka menghalang. Aku pun ikut pelajar perempuan yang malang itu turun tangga sehingga sampai kejalan,dia pun rebah disitu.."Keluar sekarang," kata aku. "Jauh....," sempat dia menjawab. Beberapa ketika pelajar itu tersedar. Dan aku suruh sahabat aku tadi dan beberapa orang rakannya bawa gadis itu naik keatas. Aku juga turut naik dan meminta satu baldi air untuk dijampi dan buat mandian keatas gadis itu.

Al hamdulillah pelajar itu pulih sepenuhnya tiada lagi kembali makhluk ghaib itu..




Tiada ulasan: