Cari Blog Ini

Ahad, 3 November 2013

Misteri Perempuan Berbaju Hitam

     Cek Mat kalau nampak aku datang, tersenyum lebarlah dia. Suka sangat,sebab aku jarang dapat berjumpa dia. Dua tiga tahun sekali berjumpa. Memang aku kenal dia dari kecil lagi. Cek Mat bersekolah rendah saja. Bapaknya kata," dia tak nak sekolah." Bapanya tak bertegas dengan anak-anaknya.
     Walaupun dia tak sekolah tinggi, dia selalu ada dirumah bersama keluarga. Bukan maksudnya dia duduk saja. Dia buat kerja-kerja kampong. Jadi budak kampong. Sekali sekala dia berjalan juga ke Mentakab. Satu satunya bandar yang paling hampir dengan kampongnya.
     Cek Mat seorang pendiam. Dia hanya mahu berborak dengan orang yang betul-betul kenal dengannya. Orang macam aku dia suka. Dalam makrifat aku, Cek Mat ni ada menyimpan sesuatu rahsia peribadi. Aku nak cuba korik rahsia dia.
     Setahun dulu aku telah datang kerumahnya, kerana aku dah lama tak jumpa dia dan keluarganya. Aku pergi bersama dua orang adik perempuan aku.  Kami pergi dengan menaiki kereta dari Kuala Lumpur. Aku sendiri yang pandu kereta..kereta aku. Ketika aku sampai Cek Mat ada dirumah. Ibunya dah uzur, umur dah 85 tahun. Mata pun dah kabor sangat. Dia hanya kenal suara aku je. Masa yang sedikit itu aku ambil peluang berborak-borak dengan Cek Mat.
     Satu soalan yang aku tanya Cek Mat, " Cek Mat tak ada awek ke?." Jawab Cek Mat," tak de bang,ramai perempuan yang suka Cek  Mat, tapi Cek Mat yang tak mau." Tanya aku, " kenapa cam tu, jangan jangan Cek Mat dah serik kot ha ha." Jawab Cek Mat," saya ada cerita nak cerita kat abang." Sambong aku," bagus jugak tu Cek Mat."
     Begini cerita Cek Mat:
     Saya selalu ke Mentakab, ke Kelab Malam. Di Kelab Malam itu, saya berkenalan dengan seorang perempuan, namanya Sara. Sara sangat cantik berbanding dengan perempuan-perempuan lain di kelab itu. Rambutnya hitam berkilat,lebat,berkeriting halus, dan panjang sampai kepinggang. Matanya hitam tajam. Tutur katanya pun boleh tahan. Lama jugalah saya kawan dengan dia.
      Nak dijadikan cerita. Satu malam, kira-kira pukul 9, saya pergi ke Kelab Malam, memang niat nak jumpa dengan Sara. Saya duduk ditempat biasa. Sekejap kemudian Sara pun muncul. Dia beri tahu, kalau nak jumpa dia, tunggu pukul 12 malam dalam kelab ini. Lepas itu dia keluar. Sara macam sibuk je malam tu,tapi itu saya tak kesah. Saya mesti tunggu dia, macam saya dah rasa sayang,dah rasa cinta dengan Sara.
      Tunggu punya tunggu,tepat pukul 12 malam Sara datang. "Abang tunggu jangan keluar,biar semua orang keluar," kata Sara. Ketika penggunjung sibuk keluar, taukeh dan para pekerjanya sibuk berkemas dan menutup semua pintu, yang peliknya tak seorang pun dari mereka yang nampak kami yang masih berada dikelab tersebut. Kecut perut saya, memikirkan macam mana nak keluar nanti. Lampu-lampu telah dipadamkan. Keadaan gelap gelita. Mampus saya macam ni,tapi itu segera hilang bila teringat Sarah ada bersama.
     " Mari pergi ke bilik saya," kata Sara. Sara peluk saya. Saya terasa macam terangkat oleh pelukkan Sara. Dia bawa saya ketempat yang dímaksudkan, dan tiba-tiba saja dah sampai, tapi saya tak syak apa-apa pada Sara,sebab pada saya dia hanya seorang perempuan yang baik. Dia pandai bercerita, macam-macam cerita dan manja pulak tu.

# Siapa kah Sara, ikut Episode selanjutnya...

     

Tiada ulasan: