Cari Blog Ini

Rabu, 27 November 2013

Misteri Perempuan Berbaju Hitam 2

Siri kedua dan terakhir

     Sara tak pasang lampu. Hanya cahaya lampu dari luar menerjah masuk kebiliknya. Keadaan samar-samar. Perasaan Cek Mat menjadi seram semacam. Sara tiba-tiba telah bertukar wajah menjadi perempuan hodoh dengan sepasang mata yang merah. Dia juga tiba-tiba menjerit dengan sekuat-kuatnya sambil memusing-musingkan kepala dengan ligat, manakala kedua-dua tangannya dikuak-kuakkan keatas dan kebawah seperti burung yang hendak terbang,dan apabila dia berhenti rambutnya akan menutupi mukanya,dan dari celah-celah rambut itu akan menampakan matanya yang merah merenong kearah Cek Mat. "Eh!! Awak ni kenapa, janganlah menjerit, nanti semua orang dengar," kata Cek Mat kepada Sara. Sara tak perduli. Dia terus saja mengulang-ulang perbuatannya. Sara tak menjawab. Dia dah tak boleh berkata seperti mana Sara yang dulu. "Dalam hati saya masa tu Sara ni bukan lagi manusia, inilah yang orang katakan puntianak," terang Cek Mat. Pendek kata jeritan Sara boleh membuatkan siapa saja pengsan atau mati kerana ketakutan. "Tapi saya tak rasa takut," kata Cek Mat.

     Akhirnya Sara hilang begitu saja. Hilang dari pandangan. Dalam hati Cek Mat tak mau fikir apa-apa lagi. Dia mau keluar. Dia cuba mencari jalan keluar tapi tak jumpa. Sudah puas berpusing-pusing sampai dititik yang sama juga. Dan sekarang baru dia terbau,bau busuk yang teramat sangat seperti bau mayat. Dia cuba memanjat dinding yang tingkapnya daripada kaca tebal,dia nampak sayup sayup kebawah, nampak lampu-lampu kereta, lampu-lampu kedai dan lampu-lampu jalan. Rupa-rupanya Cek Mat berada ditingkat 4 bangunan dimana dibawahnya adalah kelab malam. Anihnya masa dia naik keatas tadi satu tangga pun dia tak pijak, sebaik Sara memeluk pinggangnya sekelip mata dia dah berada dibilik Sara.

     Jam sudah pukul 4 pagi Cek Mat masih tak dapat keluar. Setelah berpusing-pusing entah berapa puluh kali, dia ternampak satu cahaya tak begitu besar sangat, dia ikut ikut dan ikut, Cek Mat ternampak pintu kelab malam itu terbuka dengan sendirinya. Ajaib!!. Apa lagi dia tak tunggu lagi. Cabut. Akhirnya Cek Mat selamat keluar.

     Sejak kejadian itu Cek Mat pergi lagi ke kelab malam tersebut tetapi tak jumpa Sara, mungkin Sara telah menukar wajahnya yang baru. Mak Cek Mat, saya panggil Makngah, katanya," kadang kadang makngah dengar juga orang memanggil kat luar rumah tengah malam..Mat...Mat..buka macam suara orang..seram bunyinya..hii takut makngah."

     Semenjak saat itu juga Cek Mat merasa satu keanihan pada dirinya,dia merasa badannya berbau busuk macam bangkai, walaupun disabun berkali-kali bau tu tak mahu hilang. Orang lain yang dekat dengan dia tak de bau apa-apa. Bau tu hanya hilang dengan sendirinya 2 bulan kemudian.

KESIMPULANNYA

     Ya kita pernah dengar dalam sejarah Islam, dimana iblis menjelma menjadi manusia. Dalam kesah Cek Mat jelas puntianak adalah dari iblis yang tugasnya untuk menyesatkan manusia,bahkah berupaya menyerang dan membunuh manusia. Tetapi oleh kerana Cek Mat orang yang berani dan kental usaha iblis itu gagal. Puntianak memang suka mendekati lelaki yang suka berseorangan,tambah pula pergi ketempat-tempat sebegini. Jangan kata puntianak tinggal diatas pokok-pokok kayu dihutan-hutan, mereka juga tinggal dihutan-hutan batu..dibilik-bilik rumah yang kosong.



Tiada ulasan: