Angin tak ada. Ribut tak ada. Tetiba saja aku diarah pindah ke Datok Keramat, Kuala Lumpur. Ini sudah masuk 4 kali pindah randah. Kuala Lipis ke Jerantut, Jerantut ke Temerloh, Temerloh ke Kuantan, Kuantan ke Bengkil MARA Dato Keramat Kuala Lumpur. Nasib baik aku seorang diri. Haru biru kalau aku berkeluarga. Pukul 12 malam aku berlepas dari Kuantan dengan menumpang bas Expres MARA Kota Bharu-Kuala Lumpur. Subuh lagi aku sudah sampai di Bengkil MARA. Inilah tempat kerja aku yang baru. Kerana masih mahu kerja aku datang. Aku sedia mengikut perubahan. Dan aku tidak mahu menjadi mangsa keadaan. Mana tahu ada rezeki lain di Kuala Lumpur ini.
Disebelah bengkil tu ada sebuah gerai Melayu. Pagi, tengah hari,dan petang, disinilah aku makan minum. Diam diam sudah 3 bulan aku berada sini. Masa terus berlalu.
Sudah hampir 3 hari aku tak tenguk muka makcik Meon ampunya gerai makan ini. Kemana agaknya. Dah 3 hari jugalah aku tak makan digerainya. Gerainya malap saja. Masuk hari ke 3 ini, kira-kira pukul 10 pagi, aku pergi juga kegerai itu, dengan harapan dapat berjumpa makcik Meon. Al hamdulillah dapat juga berjumpa makcik Meon. Keadaannya tak ceria, sugul dan tidak bermaya. Nampak sangat ketuannya.
"Dah berapa hari saya tak nampak makcik?," tanya aku.
"Ya lah Mid oi! Makcik demam!," jawab makcik Meon.
"Makcik dah jumpa doktor?," tanya aku lagi.
"Dah Mid, doktor kata badan makcik dah terlebih panas. Sebelum ni
makcik dah berendam dalam tong belakang rumah, tapi tak hilang-
hilang juga panasnya. Entahlah Mid,"sambong makcik dengan nada
suara sedih. Aku angguk-anggukkan kepala tanda faham.
"Ada wak Jawa tu buatkan air penawar, tapi makcik tak boleh nak
minum..dia ludah air tu," sambong makcik Meon.
Aku geling-geling kepala. Baru kali ini aku dengar orang meludah kedalam air yang dijampi. Sedang aku memikirkan hal makcik Meon, tiba-tiba aku naik semangat hendak membantu menyelesaikan kes ini. Aku teringat pesenan Tok Guru aku, seorang bomoh dari Sumatera, katanya, tunggu ilham sampai yang ada kaitan dengan orang yang sakit tu, baru boleh kita kerjakan dia. Kena kontek alam ghaib. Tunggu punya tunggu.. Ya...aku nampak sesuatu!! Memang tidak lojik langsong, apa yang terbayang ini, sesuatu yang tidak aku fikirkan,sebab ini pengelaman baru buat aku.
"Makcik ada tak simpan apa-apa benda dalam masa 2 ke 3 hari ni,"
tanya aku.
"Benda! Kalau benda tak ada, tapi ikan haruan adalah makcik simpan
dalam takong air," jawab makcik Meon.
"Dimana makcik dapat," soal aku.
"Wak Jawa tu yang bagi. Dia mandi senja senja kat lombong sebelah
tu Mid, tiba-tiba haruan tu masuk kedalam kain cokinnya, apa lagi
dia tak lepas," terang makcik.
Aku pernah jumpa wak itu digerai ini, tapi tak pernah bertegur siapa. Umurnya kurang lebih 60 tahun ada. Wak itu memang setiap hari mandi ditepi lombong tidak jauh dari gerai tersebut pagi. Dia hidup sebatang kara dikawasan setinggan dibelakang bengkil tu. Kata makcik Meon, dia tinggal sereban dengan ayam-ayamnya. Masyaallah!!
"Ikan tu jangan makcik buat gulai. Nanti makcik lepaskan semula
kedalam lombong tu ya," kata aku.
Makcik Meon tercenggang, mungkin dia rasa pelik, sedang aku sendiri tidak tenguk ikan itu macam manakah rupanya. Lagilah gabera makcik Meon bila aku mintak pisau dan segelas air. Aku dengan makcik saja yang ada digerai ketika itu. Sambil memasukkan mata pisau itu kedalam cawan berisi air, aku membaca beberapa doa dan beberapa potong ayat Al Quran. Bila dah selesai jam-jam itu juga aku suruh makcik minum.
"Makcik rasa satu macam je Mid..seram sejuk,bulu roma makcik naik.
Makcik tak sangka orang muda macam kau ni boleh ubat orang," kata makcik. Tapi aku tidak cakap apa-apa pun pada makcik. Aku buat ikhlas kerana Allah tidak ada pengeras, tidak ada apa-apa bayaran. Aku rasa sudah tidak ada apa lagi. Aku kira kerja aku ini sudah selesai.
Aku pun minta diri hendak cepat masuk pejabat, nanti bossku cari mampos aku. Sejak akhir-akhir ini aku rasa sudah tidak suka lagi bekerja disini. Dengar cerita aku hendak ditukarkan ke Pulau Pinang pulak. Mampos aku. Apa hal pun aku harap makcik cepat semboh senang aku nak makan minum. Sudah macam mak aku makcik itu. Pakcik Meon pun tak kesah,tapi dia jarang ada digerai. Tidak pulak aku tanya makcik apa kerjanya orang tua itu. Esuk pagi sebelum masuk pejabat aku singgah minum digerai makcik. Kelihatan makcik ceria dan lincah buat kerja. Al hamdulillah.
Sementara nasib aku pula, setelah berada dibengkil ini selama 6 bulan, aku pun berhenti kerja. Aku dapat kerja baru disebuah jabatan ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Kerja baru aku ini tidak perlu berpindah randah lagi. Al hamdulillah.
Keterangan:
Mengapa mahluk halus dan ahli sihir suka gunakan ikan haruan bagi tujuan jahat mereka? Sebabnya ialah ikan itu tahan lasak, nyawanya kuat dan semangatnya boleh dikawal. Haruan boleh hidup didalam tanah lembab tanpa air dalam jangka masa yang lama. Apa tah lagi jika ada air walau pun airnya sangat kotor, haruan masih boleh hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan