Cari Blog Ini
Ahad, 26 Januari 2020
Penunggu Bukit
Khamis, 6 September 2018
Kelebihan mesin basuh kain outomatik
Sebenarnya dipasarkan ada banyak pilihan. Ada berbagai jenama yang masing-masing menawarkan harga berbagai-bagai. Anda mahu membeli jenama atau atau keperluan apa. Jika anda kurang berkemampuan beli saja yang mampu anda bayar
Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jika anda menggunakan mesin basuh automatik anda memperolehi beberapa kelebihan. Tidak perlu tunggu lama-lama kurang lebih 45 minit, pakaian yang dicuci sudah siap untuk dijemur. Andainya anda menggunakan mesin basuh semi auto, sekurang-kurangnya dua jam baru selesai. Anda kena bantu mesin tersebut seperti memasukkan air,membuang air semua itu dilakukan berkali-kali, dan sehingga anda rasa bersih, anda terpaksa membilas dan memasukkan kain-kain ketempat pengeringan. Sungguh penat sekali.
Tentang harga kadang-kala bezanya hanya RM100.00 anda sudah dapat sebuah mesin basuh automatik. Terpulang kepada anda untuk membuat pemilihan yang tepat. Pemilihan semuanya ditangan anda.
Jumaat, 6 April 2018
Buaya mengendap
Lebih kurang pukul 5 petang aku keluar rumah untuk memancing disebatang sungai kira-kira 3 km dari rumah keluarga. Nama sungai itu ialah Sungai Bentong, yang airnya mengalir ke Sungai Pahang. Aku tidak memberi tahu mereka pun kemana aku pergi. Aku pergi seorang diri. Hanya dengan berjalan kaki kerana aku perlu memasuki kehutan untuk sampai ke tempat yang dituju.
Dengan berbekalkan joran buluh dan sedepa dua tali tangsi dan beberapa bilah mata pancing. Tidak ada senjata yang aku bawa. Tidak ada parang. Tidak ada pisau. Semua itu aku tidak punya.
Sesampai di lokasi aku cari tempat yang paling ideal sekali iaitu dibahagian atas lubuk, dimana aku kira ikan-ikan dari atas sungai pasti melalui tempat ini.
Puas aku tunggu hampir dekat sejam tidak ada apa-apa berlaku. Tetiba hati aku tergerak untuk memandang ketengah sungai yang agak besar juga, airnya yang keruh dan deras. Aku terlihat sebatang kayu hitam yang agak besar dihanyutkan air, tetapi kenapa menuju kearah aku. Aku terdetik mengata ini adalah buaya, serta merta ia tenggelam dan tidak timbul lagi. Ku kira ia sedang merangkak didasar sungai untuk sampai kearah aku.
Aku tak ambil masa lama untuk berfikir, aku terus sahaja meninggalkan tempat itu dan naik ke tebing yang lebih tinggi dan tidak mungkin buaya dapat menyambar. Tempat aku duduk tadi hanya sejengkal dari gigi air. Memang merbahaya.
Apa yang aku fikir saat itu ialah kedatangan buaya itu pasti bersama bah besar yang baru melanda sungai ini beberapa hari lalu. Kesannya air sungai masih besar dan keruh. Setahu aku belum ada sesiapa pun yang mengatakan sungai ini ada buaya.. Namun Sungai Semantan dan Sungai Pahang masih lagi jauh. Sungai-sungai memang terkenal dengan buaya-buayanya. Buaya ini kemungkinan mudik dari sini.
Kepada kaki-kaki pancing berhati-hatilah selalu, jangan leka sangat sehingga tak ingat apa benda. Musuh kita berada dimana saja.
Apabila aku datang lagi kesini, aku tetap ingat dan berhati-hati.
Tahukah apa yang terjadi beberapa bulan kemudian. Aku datang lagi ke sini, tetapi aku memancing kehilir sedikit. Kali ini aku bawa senjata ia itu sebilah parang yang digunakan oleh ayah aku jika pergi memburu dihutan belantara. Aku ambil parang tanpa izin dia.
Hendak jadikan cerita, ketika aku terbongkok-bongkok ditebing sungai untuk mendapatkan lokasi yang ideal, parang itu terjatuh ke dalam lubuk yang berada di bawah pokok kayu besar. Aku termenung seketika. Rasa takut menyelubungi diri aku, aku teringatkan buaya satu hal, kemarahan ayah aku lagilah tak boleh tahan. Aku serahkan kepada nasib. Mula-mula aku hulur kaki aku ketempat parang itu jatuh. Raba punya raba, aku terasa hulu parang, rupa-rupanya parang itu jatuh terpacak. Tidak berlengah lagi aku hulur tangan aku dan terus tarik parang itu naik ke tebing. Aku cukup menyesal dan terus pulang kerumah. Aku cukup-cukup bertaubat selepas itu aku tidak lagi memancing di tempat itu dan tidak lagi membawa parang kecuali parang aku sendiri. Hendak tahu umur aku masa itu 16 tahun. Begitulah kesah hidup ku.
Ahad, 16 Oktober 2016
Surat Kepada Penunggu Lombong
Habis saja time kerja, aku terus saja ke Gerai Makcik Meon untuk minum petang. Nak balik terus kerumah sewa bujang, apa ada. Tidur saja yang boleh. Sampai-sampai terus order air dan makan kueh apa yang ada.
Mak cik beri tahu ada budak lemas di lombong belakang gerainya. Kira-kira 300 meter saja dari gerainya. Tengah hari balik saja dari sekolah budak-budak yang rumah setinggan mereka berdekatan kawasan lombong itu akan mandi disitu ramai-ramai. Berpesta betullah. Budak-budak sekolah rendah. Terjun punya terjun seorang daripada mereka tenggelam tidak timbul-timbul lagi. Yang lain habis penik. Datang semua mak bapak dia orang. Memang kecuh. Pasukan penyelamat sudah dipanggil dan sudah pun memulakan tugas. Sejak tengah hari tadi hingga ke petang masih belum berhasil mendapatkan mangsa.
Sebaik keluar dari kedai mak cik Meon, aku cuba meninjau-ninjau dari kejauhan kearah tempat kejadian, memang ramai betul orang. Belum ada kejadian seperti ini sebelum ini. Dulu-dulu dengar cerita orang di Kampong Datok Keramat Kuala Lumpur tempat ini tempat buangan mangsa-mangsa trajedi berdarah 13 Mei. Tempat ini memang dah berpuaka. Kalau begitu mesti ada cara ghaib untuk mengeluar mayat budak tu. Itu yang aku fikirkan dalam perjalanan balik kerumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian. Syaitan dan iblis memang ada dimana-mana sebab jumlah mereka 9% dari jumlah manusia. Kalau kita percaya tempat itu ada dia, memang adalah dia disitu. Dia mengikut kepercayaan orang ramai.
Sampai di rumah aku masih mencari ilham macam mana nak buat. Ilham ni dua martabat, satu dia datang sendiri dan kedua ilham kena cari. Baru aku ingat satu kaedah. Tidak berlenggah lagi aku mengambil sehelai kertas lalu menulis Bismillahirahmanirahim. Wahai dot dot (ini rahsialah tak boleh share sebab tak mahu digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab). Siap tulis aku lipat elok-elok dan terus simpan dalam poket baju.
Pagi 7.30 aku dah keluar rumah. Begitulah setiap pagi. Aku akan lalu ditepi lombong itu. Setibanya ditepi lombong itu aku campak surat yang telah aku ikat dengan batu kedalam lombong kira-kira 5 meter dari tebing. Dan aku terus ke gerai makcik Meon untuk minum pagi dan aku pastikan sebelum 8.00 am aku dah ada dalam pejabat.
Petang selepas habis kerja biasalah pergi minum dulu dan bertanya makcik apa ceritanya budak lemas tu. Nampaknya tak ada apa-apa perubahan. Masih tak dapat.
Aku pun berjalan pulang kerumah dan melihat ketempat pencarian. Orang masih ramai. Dan pertugas keselamatan masih terkiai-kiai melempar besi penyangkuk ketempat mangsa yang difikirkan tenggelam. Namun tak berhasil. Aku lantas pergi ketempat aku buang surat tu dan berdiri sambil berkata, "mengapa kau tak lepaskan budak tu. " Tiba-tiba air lombong berombak dengan kuat dan terdengar orang ramai menjerit. Aku lihat dengan mata aku mayat mangsa mengambor setinggi tak kurang 15 kaki dekat dengan tempat pencarian. Aku tinggal tempat itu dengan penuh rahsia sehingga cerita ini ditulis.
Ahad, 1 November 2015
Jerebu
Sejak kedatangan jerebu kenegara ini, berbagai gelajat manusia yang dapat kita lihat. Itu semua melambangkan corak keperibadian masing-masing.
Rata-rata rakyat tidak dapat menerima kedatang jerebu yang melanda negara ini, yang juga dirasakan oleh negara Brunei dan Singapura. Ekuran pembakaran ladang dan hutan di Indonesia. Api yang membesar tidak dapat dikawal, lantas asap dari kebakaran itu dengan pantas dibawa angin kenegara-negara jiran. Eroninya rakyat cepat sangat menyalahkan pihak kerajaan yang dikatakan tidak bersiap siaga menghadapi kedatangan jerebu.
Jerebu memanglah sesuatu yang menyusahkan kerana ia menutup pemandangan, yang indah jadi tidak indah. Jika sebelum jerebu pokok-pokok, bukit-bukau dan gunung-ganang dapat dilihat memghijau dan membiru, tetapi dengan kedatangan jerebu semuanya kelihatan putih disana sini. Dan bila kedatangan hujan keadaan alam menjadi gelap. Hari-hari media sosial, letronik, dan media cetak melapur berita pasal jerebu.
Jerebu mendatangkan beberapa kesan dinegara ini, diantaranya bertambahnya persakit peparu bagi pengidap asma, selasema. Negara menerima kekurangan pelancung asing sekali gus mengurangkan sumbar hasil negara. Sekolah-sekolah ditutup beberapa ketika. Sukan bola juga tergendala.
Bagi pihak kerajaan pula beberapa langkah diambil bagi memenangi situasi jerebu seperti membuat hujan tiruan. Rundingan juga telah diadakan bagi kedua belah pihak negara yang terlibat, Malaysia dan Indonesia. Siasatan juga telah dibuat bagi mengenal pasti mereka yang terlibat membakar besar-besaran secara terbuka. Sepatutnya syarikat-syarikat ladang yang terlibat membayar ganti rugi kepada pihak yang menjadi mangsa. Mereka hanya mengejar keuntungan tetapi pihak lain yang menanggung rugi. Masjid-masjid dan surau-surau saban jumaat mengadakan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah agar keadaan menjadi normal.
Apa pun kita bersyukur kini keadaan telah pulih.
Khamis, 16 Julai 2015
Berbuka puasa diluar
Dihujung-hujung Ramadan, ramai diantara kita terutama suri rumahtangga dah malas turun kedapor bagi menyediakan makanan untuk berbuka. Mereka keluar untuk berbuka sama ada digersi-gerai, restoran atau hotel berdasarkan keinginan masing-masing. Saya pun macam mereka.
Selewat lagi 15 minit waktu berbuka, saya keluar rumah, restoran pertama saya sampai telah penuh, lalu saya meneruskan perjalanan ke restoran kedua kira-kira 1km lagi, restoran ini penuh tapi masih ada tempat kosong. Saya tak mengenali seorang pun pengunjung di restoran ini, ternyata mereka orang luar yang singgah bagi meneruskan perjalanan ke dinasti masing-masing.
Tidak ada menu yang istimewa di restoran ini, makanannya biasa saja seperti dibulan-bulan lain. Saya makan nasi putih dengan kari kambing dan segelas teh tarik. Yang seronoknya ramai orang. Mereka kelihatan ceria sekali. Begitulah keadaannya berbuka diluar.
Jumaat, 3 Julai 2015
Semoga Kita Baik-baik Sahaja
Sejak-sejak kebelakang ini, pemikiran rakyat kebanyakkan menjadi keliru, terutama dalam soal agama dan politik. Sebahagian besar mereka seolah-olah tak tahu hendak meletakkan diri mereka. Mereka benar jadi keliru.
Dalam soal agama mereka banyak bergantung kepada individu yang mereka percaya sebab kelantangan mereka, berhujah dan berpidato. Mereka hanya mampu mengisi kerohaniah umah, tetapi tidak mampu membangunkan umah dari segi ekonomi. Sedangkan mereka dipilih sebagai wakil untuk membangunkan umah bukan saja menjanji syuga tetapi membuatkan rakyat berjaya dalam kehidupan duniawi, tampa kesejahteraan dunia bagaimana umah bisa melakukan ibadah dengan sempurna, misalnya untuk ke tanah suci perlukan wang yang besar. Namun begitu rakyat masih tegar menyokong mereka.
Dari segi politik terdapat dua parti besar orang Melayu ia itulah UMNO dan PAS. UMNO tidak melebelkan terang-terang sebagai parti Islam, tetapi pada hakikatnya mereka banyak menyumbang kepada Islam, berbeda dengan PAS terang-terangan mahu mewujudkan sebuah negara Islam berlandaskan hukum huddud.
Dari segi kemampuan nampak gaya PAS kurang berupaya memerentah negara dan tidak berupaya mewujudkan suasana harmoni didalam pakatan politiknya dengan parti-parti lain. Ini tidak sama sekali berlaku kepada UMNO dengan mana-mana parti politik yang duduk dalam satu barisan ia itu BARISAN NATIONAL.
Walau bagaimana pun kita harap walau apa pun pilihan rakyat, harap semuanya baik-baik saja.