Cari Blog Ini

Sabtu, 8 Februari 2020

Permainan Mahluk Halus

     Angin tak ada. Ribut tak ada. Tetiba saja aku diarah pindah ke Datok Keramat, Kuala Lumpur. Ini sudah masuk 4 kali pindah randah. Kuala Lipis ke Jerantut, Jerantut ke Temerloh, Temerloh ke Kuantan, Kuantan ke Bengkil MARA Dato Keramat Kuala Lumpur. Nasib baik aku seorang diri. Haru biru kalau aku berkeluarga. Pukul 12 malam aku berlepas dari Kuantan dengan menumpang bas Expres MARA Kota Bharu-Kuala Lumpur. Subuh lagi aku sudah sampai di Bengkil MARA. Inilah tempat kerja aku yang baru. Kerana masih mahu kerja aku datang. Aku sedia mengikut perubahan. Dan aku tidak mahu menjadi mangsa keadaan. Mana tahu ada rezeki lain di Kuala Lumpur ini.

     Disebelah bengkil tu ada sebuah gerai Melayu. Pagi, tengah hari,dan petang, disinilah aku makan minum. Diam diam sudah 3 bulan aku berada sini. Masa terus berlalu.

     Sudah hampir 3 hari aku tak tenguk muka makcik Meon ampunya gerai makan ini. Kemana agaknya. Dah 3 hari jugalah aku tak makan digerainya. Gerainya malap saja. Masuk hari ke 3 ini, kira-kira pukul 10 pagi, aku pergi juga kegerai itu, dengan harapan dapat berjumpa makcik Meon. Al hamdulillah dapat juga berjumpa makcik Meon. Keadaannya tak ceria, sugul dan tidak bermaya. Nampak sangat ketuannya.

     "Dah berapa hari saya tak nampak makcik?," tanya aku.
     "Ya lah Mid oi! Makcik demam!," jawab makcik Meon.
     "Makcik dah jumpa doktor?," tanya aku lagi.
     "Dah Mid, doktor kata badan makcik dah terlebih panas. Sebelum ni
     makcik dah berendam dalam tong belakang rumah, tapi tak hilang-
     hilang juga panasnya. Entahlah Mid,"sambong makcik dengan nada
     suara sedih. Aku angguk-anggukkan kepala tanda faham.
     "Ada wak Jawa tu buatkan air penawar, tapi makcik tak boleh nak
     minum..dia ludah air tu," sambong makcik Meon.

     Aku geling-geling kepala. Baru kali ini aku dengar orang meludah kedalam air yang dijampi. Sedang aku memikirkan hal makcik Meon, tiba-tiba aku naik semangat hendak membantu menyelesaikan kes ini. Aku teringat pesenan Tok Guru aku, seorang bomoh dari Sumatera, katanya, tunggu ilham sampai yang ada kaitan dengan orang yang sakit tu, baru boleh kita kerjakan dia. Kena kontek alam ghaib. Tunggu punya tunggu.. Ya...aku nampak sesuatu!! Memang tidak lojik langsong, apa yang  terbayang  ini, sesuatu yang tidak aku fikirkan,sebab ini pengelaman baru buat aku.

     "Makcik ada tak simpan apa-apa benda dalam masa 2 ke 3 hari ni,"
     tanya aku.
     "Benda! Kalau benda tak ada, tapi ikan haruan adalah makcik simpan
     dalam takong air," jawab makcik Meon.
    
     "Dimana makcik dapat," soal aku.
     "Wak Jawa tu yang bagi. Dia mandi senja senja kat lombong sebelah
     tu Mid, tiba-tiba haruan tu masuk kedalam kain cokinnya, apa lagi
     dia tak lepas," terang makcik.

     Aku pernah jumpa wak itu digerai ini, tapi tak pernah bertegur siapa. Umurnya kurang lebih 60 tahun ada. Wak itu memang setiap hari mandi ditepi lombong tidak jauh dari gerai tersebut pagi. Dia hidup sebatang kara dikawasan setinggan dibelakang bengkil tu. Kata makcik Meon, dia tinggal sereban dengan ayam-ayamnya.  Masyaallah!!

    "Ikan tu jangan makcik buat gulai. Nanti makcik lepaskan semula
     kedalam lombong tu ya," kata aku.
     Makcik Meon tercenggang, mungkin dia rasa pelik, sedang aku sendiri tidak tenguk ikan itu macam manakah rupanya. Lagilah gabera makcik Meon bila aku mintak pisau dan segelas air. Aku dengan makcik saja yang ada digerai ketika itu. Sambil memasukkan mata pisau itu kedalam cawan berisi air, aku membaca beberapa doa dan beberapa potong ayat Al Quran. Bila dah selesai jam-jam itu juga aku suruh makcik minum.
     "Makcik rasa satu macam je Mid..seram sejuk,bulu roma makcik naik.
     Makcik tak sangka orang muda macam kau ni boleh ubat orang," kata makcik. Tapi aku tidak cakap apa-apa pun pada makcik. Aku buat ikhlas kerana Allah tidak ada pengeras, tidak ada apa-apa bayaran. Aku rasa sudah tidak ada apa lagi. Aku kira kerja aku ini sudah selesai.
   
     Aku pun minta diri hendak cepat masuk pejabat, nanti bossku cari mampos aku. Sejak akhir-akhir ini aku rasa sudah tidak suka lagi bekerja disini. Dengar cerita aku hendak ditukarkan ke Pulau Pinang pulak. Mampos aku. Apa hal pun aku harap makcik cepat semboh senang aku nak makan minum. Sudah macam mak aku makcik itu. Pakcik Meon pun tak kesah,tapi dia jarang ada digerai. Tidak pulak aku tanya makcik apa kerjanya orang tua itu. Esuk pagi sebelum masuk pejabat aku singgah minum digerai makcik. Kelihatan makcik ceria dan lincah buat kerja. Al hamdulillah.

     Sementara nasib aku pula, setelah berada dibengkil ini selama 6 bulan, aku pun berhenti kerja. Aku dapat kerja baru disebuah jabatan ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Kerja baru aku ini tidak perlu berpindah randah lagi. Al hamdulillah.

Keterangan:

     Mengapa mahluk halus dan ahli sihir suka gunakan ikan haruan bagi tujuan jahat mereka? Sebabnya ialah ikan itu tahan lasak, nyawanya kuat dan semangatnya boleh dikawal. Haruan boleh hidup didalam tanah lembab tanpa air dalam jangka masa yang lama. Apa tah lagi jika ada air walau pun airnya sangat kotor, haruan masih boleh hidup.

Ahad, 2 Februari 2020

Masalah dan permasalahan

Selagi kita digelar manusia selagi itulah kita selalu dikejar masalah, kita tak dapat melarikan diri daripada pelbagai permasalahan.  Masalah itu adalah ujian hidup bagi menentukan hala tuju hidup kita kepada yang lebih baik lagi.

Masalah itu berbagai-bagai ada yang bersifat kecil dan ada yang bersifat bersekala besar. Kadangkala masalah yang kecil boleh jadi besar sebab kita menurut hawa nafsu dalam menyelesaikannya. Manakala masalah yang besar kita pandang remih. Sehingga disatu ketika ia sudah tidak dapat dikawal lagi. Begitulah keadaan yang kita hadapi.

Jadinya marilah kita renong-renong dan mencari jalan untuk keluar menyelesaikannya.

.    Kebun dan kandang ayam     

Sabtu, 1 Februari 2020

Siri Kedua Penunggu Bukit

Sekonyong-konyong makcik Meon berlari-lari masuk kerumahnya meninggalkan aku yang sedang berpencak silat dengan anaknya. Sebentar saja makcik keluar berlari-lari lagi menuju ke arah kami lalu berhenti didepan Ebik. Dia lalu berkata, "abang Mid tu bukan lawan engkau." Diikuti dengan satu penampar hinggap di muka Ebik. Ebik terdiam dan hampir rebah. Nasib baik aku dapat menahannya. Dan bantu oleh ibubapanya lantas dipapah masuk kerumah. Lalu didudukkan.

Dengan tidak berlengah lagi aku suruh makcik sediakan satu baldi air untuk buat mandian. Setelah tersedia aku mendoakan air tersebut. Dan mintak makcik mandikannya. Ketika mandi itu Ebik menjerit-jerit ketakutan.

Setelah selesai mandi Ebik menceritakan apa yang dia alami. Dia melihat satu tengkorak manusia menari-nari dan hendak menerkamnya. Sungguh menyeram dan menakutkan sekali.

Sebelum aku balik ke rumah sewa, aku berikan sebuah doa yang aku telah tuliskan sebelum aku datang tadi kepada makcik untuk diamalkan semoga jin syaitan tidak lagi mengganggu Ebik. Doa itu untuk Ebik amalkan.

Selang beberapa hari aku datang berjumpa makcik bertanya khabar anaknya itu. Alhamdulillah Ebik sudah sembuh seperti sediakala. Makcik Meon sempat bercerita, yang cerita itu datangnya dari Ebik. Ebik telah terjerempak dengan seorang lelaki pendik hitam legam merayau-rayau didalam kebun belakang rumah mereka. Selang beberapa hari kemudian dia melihat seorang perempuan cantik didalam kebun yang sama mengajaknya naik kebukit berdekatan tapi Ebik tidak melayannya. Begitulah ceritanya. Pada renungan aku ini tidak lain kerja iblis untuk membuat onar.

Ahad, 26 Januari 2020

Penunggu Bukit


Ketika itu aku hendak balik ke pejabat selepas makan tengahari disebuah restoran berdekatan dengan SOGO, tetiba aku disapa oleh seorang perempuan dekat dengan bangunan MARA di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
"Abang kenal saya lagi tak?  Saya Ebik. Ini suami saya. Inilah abang Hamid, dialah tolong saya dulu, " katanya 
"Ya kenal. Doa yang saya bagi tu awak amal tak? jawab aku. Aku baru teringat detik-detik aku mengubat perempuan ini. Saat itu umur dia baru 15 tahun, bersekolah dalam tingkatan tiga.
"Saya amal sampai sekarang, " katanya. 
"Kirim salam kat mak dan bapak awak ya, " sambong aku. "Senang-senang carilah saya diperjabat," sambil menunjukkan bangunan dimana aku bekerja. Rupa-rupanya dia selalu datang kebangunan tempat aku kerja itu untuk satu kes rawatan. Dan akhirnya kami berpisah kerana aku hendak mula bertugas.

Itulah pertemuan pertama setelah tidak berjumpa sekian lama. Aku cuba mengingati semula kisah Ebik ini. Beberapa tahun yang lalu. Kesahnya seperti berikut.

Masa itu aku bekerja disebuah Worksyop Kenderaan MARA di Datok Keramat. Tengah hari macam biasalah keluar dari pejabat terus ke gerai Makcik Meon. Gerai  makan dekat. Nampaknya aku seorang yang sampai dulu. Kemana agaknya pekerja Workshop yang lain.  Mungkin mereka makan di restoran. Setelah mengambil makanan sekadarnya untuk mengalas perut, aku duduk diam-diam disatu meja berhadapan dengan sekumpulan pelajar perempuan. Kebetulan hendak bertemu dengan mereka. Mereka juga sedang makan dan  berbual dengan rancaknya. Aku tidak kenal mereka ini kecuali Ebik, dia anak tuan yang ampunya gerai ini. Wah rancak betul mereka bercerita. Yang aku pulak asyik melihat Ebik sebab dialah yang paling banyak bercakap. Kawan-kawan dia lebih banyak mendengar daripada bercakap. Ebik tersedar yang aku sedang memerhatikan dia. Bila mata kami bertentangan semacam aura ghaib terpancar dari pandangan itu, baru aku tahu dia bukan Ebik. Makhluk halus ini telah berada didalam tubuh Ebik. Makhluk ghaib ini juga tahu yang aku tahu dia siapa. Aku terus makan dan buat-buat tidak mengerti dan menghiraukan apa yang telah terjadi itu. Namun tidak seorang pun kawan Ebik tahu apa yang telah terjadi kepada Ebik. Mereka tidak sedar mereka sedang dikuasai oleh  kuasa ghaib.

Selesai makan aku terus beri tahu Makcik, bahawa anak perempuannya sudah dimasuki benda halus kedalam badannya. Makcik Meon betul-betul terkejut. Tetapi aku sudah beritahunya agar bertenang saja. "Nanti lepas maghrib saya datang, " kata aku pada makcik. Aku pun baliklah kepejabat tanpa memberitahu sesiapa pun tentang apa yang berlaku.

Habis kerja aku terus balik ke rumah sewa di Kampung Melayu Keramat Dalama tak jauh dari tempat kerja. Dirumah aku duduk memikirkan jin jenis apa yang menyerap kedalam badan Ebik ni. Jin ni pandai bercerita buktinya kawan-kawan Ebik teruja dengar cakap Ebik. Memang hebat sangat. Yalah jin tu hidup beratus-ratus tahun semua benda, semua perkara dia tahu..

Tepat pada  masa aku dah berada dirumah makcik Meon. Dalam rumah itu ada tiga orang tak termasuk aku . Ayah, Ebik dan ibunya. Aku minta lampu letrik dipadamkan, dan gunakan lampu lilin saja. Keadaan dalam bilik jadi samar-samar, tiba-tiba lampu lilin dipadam oleh suatu kuasa ghaib. Aku nampak hembusannya. Memanglah menyeramkan. Aku suruh pak Meon pasang semula serentak itu terdengar jeritan dari Ebik. Sungguh menyeramkan, tapi aku tak takut. Seram je.

Aku pegang pegelelang tangan Ebik. " Lepaskan aku. Lepaskan aku, " kata Ebik. 
"Siapa engkau, " tanya aku. 
"Apa kau nak tahu, " jawab Ebik. 
"Tak nak beri tau pun tak apa nanti aku tau juga, " balas aku. Suara yang keluar dari mulut Ebik itu adalah suara perempuan. Suaranya cukup nyaring menanda yang ampunya adalah makhluk yang garang, bukan calang-calang.
 
Ebik betul-betul mengamok sakan. Mak ayah dia turut memegang badan Ebik. Habis dihamburnya. Aku tidak berani nak buat lebih-lebih nanti orang kata aku ambik kesempatan pulak. Aku ni orang muda,  Ebik tu anak dara sunti 15 tahun. Akhirnya Ebik dapat melepaskan diri daripada pegangan kedua ibu bapaknya lantas lari keluar rumah. Dia lari menghala petrol pump dekat Workshop MARA,  puaslah aku mengejarnya. Tip tup dia buka langkah silat dengan aku. Dia betul-betul macam wirawati. Ayah dan ibu Ebik tak boleh buat apa. Gamam. Tak sangka anak gadis mereka jadi begitu sekali.

Khamis, 6 September 2018

Kelebihan mesin basuh kain outomatik

   Ramai orang terfikir-fikir hendak beli mesin basuh kain yang mana satu, mesin automatik atau semi auto. Ada banyak sebab diantaranya kekurangan bajet. Mesin automatik lebih mahal berbanding mesin semi auto.

  Sebenarnya dipasarkan ada banyak pilihan. Ada berbagai jenama yang masing-masing menawarkan harga berbagai-bagai. Anda mahu membeli jenama atau atau keperluan apa. Jika anda kurang berkemampuan beli saja yang mampu anda bayar

  Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jika anda menggunakan mesin basuh automatik anda memperolehi beberapa kelebihan. Tidak perlu tunggu lama-lama kurang lebih 45 minit, pakaian yang dicuci sudah siap untuk dijemur. Andainya anda menggunakan mesin basuh semi auto, sekurang-kurangnya dua jam baru selesai. Anda kena bantu mesin tersebut seperti memasukkan air,membuang air semua itu dilakukan berkali-kali, dan sehingga anda rasa bersih, anda terpaksa membilas dan memasukkan kain-kain ketempat pengeringan. Sungguh penat sekali.

  Tentang harga kadang-kala bezanya hanya RM100.00 anda sudah dapat sebuah mesin basuh automatik. Terpulang kepada anda untuk membuat pemilihan yang tepat. Pemilihan semuanya ditangan anda.

Jumaat, 6 April 2018

Buaya mengendap


Lebih kurang pukul 5 petang aku keluar rumah untuk memancing disebatang sungai kira-kira 3 km dari rumah keluarga. Nama sungai itu ialah Sungai Bentong, yang airnya mengalir ke Sungai Pahang. Aku tidak  memberi tahu mereka pun kemana aku pergi. Aku pergi seorang diri. Hanya dengan berjalan kaki kerana aku perlu memasuki kehutan untuk sampai ke tempat yang dituju.

Dengan berbekalkan joran buluh dan sedepa dua tali tangsi dan beberapa bilah mata pancing. Tidak ada senjata yang aku bawa. Tidak ada parang. Tidak ada pisau. Semua itu aku tidak punya.

Sesampai di lokasi aku cari tempat yang paling ideal sekali iaitu dibahagian atas lubuk, dimana aku kira ikan-ikan dari atas sungai pasti melalui tempat ini.

Puas aku tunggu hampir dekat sejam tidak ada apa-apa berlaku. Tetiba hati aku tergerak untuk memandang ketengah sungai yang agak besar juga, airnya yang keruh dan deras. Aku terlihat sebatang kayu hitam yang agak besar dihanyutkan air, tetapi kenapa menuju kearah aku. Aku terdetik mengata ini adalah buaya, serta merta ia tenggelam dan tidak timbul lagi. Ku kira ia sedang merangkak didasar sungai untuk sampai kearah aku.

Aku tak ambil masa lama untuk berfikir, aku terus sahaja meninggalkan tempat itu dan naik ke tebing yang lebih tinggi dan tidak mungkin buaya dapat menyambar. Tempat aku duduk tadi hanya sejengkal dari gigi air. Memang merbahaya.

Apa yang aku fikir saat itu ialah kedatangan buaya itu pasti bersama bah besar yang baru melanda sungai ini beberapa hari lalu. Kesannya air sungai masih besar dan keruh. Setahu aku belum ada sesiapa pun yang mengatakan sungai ini ada buaya.. Namun Sungai Semantan dan Sungai Pahang masih lagi jauh. Sungai-sungai memang terkenal dengan buaya-buayanya. Buaya ini kemungkinan mudik dari sini.

 Kepada kaki-kaki pancing berhati-hatilah selalu, jangan leka sangat sehingga tak ingat apa benda. Musuh kita berada dimana saja.

 Apabila aku datang lagi kesini, aku tetap ingat dan berhati-hati.

 Tahukah apa yang terjadi beberapa bulan kemudian. Aku datang lagi ke sini, tetapi aku memancing kehilir sedikit. Kali ini aku bawa senjata ia itu sebilah parang yang digunakan oleh ayah aku jika pergi memburu dihutan belantara. Aku ambil parang tanpa izin dia. 

Hendak jadikan cerita, ketika aku terbongkok-bongkok ditebing sungai untuk mendapatkan lokasi yang ideal, parang itu terjatuh ke dalam lubuk yang berada di bawah pokok kayu besar. Aku termenung seketika. Rasa takut menyelubungi diri aku, aku teringatkan buaya satu hal, kemarahan ayah aku lagilah tak boleh tahan. Aku serahkan kepada nasib. Mula-mula aku hulur kaki aku ketempat parang itu jatuh. Raba punya raba, aku terasa hulu parang, rupa-rupanya parang itu jatuh terpacak. Tidak berlengah lagi aku hulur tangan aku dan terus tarik parang itu naik ke tebing. Aku cukup menyesal dan terus pulang kerumah. Aku cukup-cukup bertaubat selepas itu aku tidak lagi memancing di tempat itu dan tidak lagi membawa parang kecuali parang aku sendiri. Hendak tahu umur aku masa itu 16 tahun. Begitulah kesah hidup ku.


Ahad, 16 Oktober 2016

Surat Kepada Penunggu Lombong

    Habis saja time kerja, aku terus saja ke Gerai Makcik Meon untuk minum petang. Nak balik terus kerumah sewa bujang, apa ada. Tidur saja yang boleh. Sampai-sampai terus order air dan makan kueh apa yang ada.

    Mak cik beri tahu ada budak lemas di lombong belakang gerainya.  Kira-kira 300 meter saja dari gerainya. Tengah hari balik saja dari sekolah budak-budak yang rumah setinggan mereka berdekatan kawasan lombong itu akan mandi disitu ramai-ramai. Berpesta betullah. Budak-budak sekolah rendah. Terjun punya terjun seorang daripada mereka tenggelam tidak timbul-timbul lagi. Yang lain habis penik. Datang semua mak bapak dia orang. Memang kecuh. Pasukan penyelamat sudah dipanggil dan sudah pun memulakan tugas. Sejak tengah hari tadi hingga ke petang masih belum berhasil mendapatkan mangsa.

    Sebaik keluar dari kedai mak cik Meon, aku cuba meninjau-ninjau dari kejauhan kearah tempat kejadian, memang ramai betul orang. Belum ada kejadian seperti ini sebelum ini. Dulu-dulu dengar cerita orang di Kampong Datok Keramat Kuala Lumpur tempat ini tempat buangan mangsa-mangsa trajedi berdarah 13 Mei. Tempat ini memang dah berpuaka. Kalau begitu mesti ada cara ghaib untuk mengeluar mayat budak tu. Itu yang aku fikirkan dalam perjalanan balik kerumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian. Syaitan dan iblis memang ada dimana-mana sebab jumlah mereka 9% dari jumlah manusia. Kalau kita percaya tempat itu ada dia, memang adalah dia disitu. Dia mengikut kepercayaan orang ramai.

    Sampai di rumah aku masih mencari ilham macam mana nak buat. Ilham ni dua martabat, satu dia datang sendiri dan kedua ilham kena cari. Baru aku ingat satu kaedah. Tidak berlenggah lagi aku mengambil sehelai kertas lalu menulis Bismillahirahmanirahim. Wahai dot dot (ini rahsialah tak boleh share sebab tak mahu digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab). Siap tulis aku lipat elok-elok dan terus simpan dalam poket baju.

    Pagi 7.30 aku dah keluar rumah. Begitulah setiap pagi. Aku akan lalu ditepi lombong itu. Setibanya ditepi lombong itu aku campak surat yang telah aku ikat dengan batu kedalam lombong kira-kira 5 meter dari tebing. Dan aku terus ke gerai makcik Meon untuk minum pagi dan aku pastikan sebelum 8.00 am aku dah ada dalam pejabat.

    Petang selepas habis kerja biasalah pergi minum dulu dan bertanya makcik apa ceritanya budak lemas tu. Nampaknya tak ada apa-apa perubahan. Masih tak dapat.

    Aku pun berjalan pulang kerumah dan melihat ketempat pencarian. Orang masih ramai. Dan pertugas keselamatan masih terkiai-kiai melempar besi penyangkuk ketempat mangsa yang difikirkan tenggelam. Namun tak berhasil. Aku lantas pergi ketempat aku buang surat tu dan berdiri sambil berkata, "mengapa kau tak lepaskan budak tu. " Tiba-tiba air lombong berombak dengan kuat dan terdengar orang ramai menjerit. Aku lihat dengan mata aku mayat mangsa mengambor setinggi tak kurang 15 kaki dekat dengan tempat pencarian. Aku tinggal tempat itu dengan penuh rahsia sehingga cerita ini ditulis.