Cari Blog Ini
Isnin, 27 Julai 2020
Jin Perasuk Bertindak Balas
Sabtu, 8 Februari 2020
Permainan Mahluk Halus
Angin tak ada. Ribut tak ada. Tetiba saja aku diarah pindah ke Datok Keramat, Kuala Lumpur. Ini sudah masuk 4 kali pindah randah. Kuala Lipis ke Jerantut, Jerantut ke Temerloh, Temerloh ke Kuantan, Kuantan ke Bengkil MARA Dato Keramat Kuala Lumpur. Nasib baik aku seorang diri. Haru biru kalau aku berkeluarga. Pukul 12 malam aku berlepas dari Kuantan dengan menumpang bas Expres MARA Kota Bharu-Kuala Lumpur. Subuh lagi aku sudah sampai di Bengkil MARA. Inilah tempat kerja aku yang baru. Kerana masih mahu kerja aku datang. Aku sedia mengikut perubahan. Dan aku tidak mahu menjadi mangsa keadaan. Mana tahu ada rezeki lain di Kuala Lumpur ini.
Disebelah bengkil tu ada sebuah gerai Melayu. Pagi, tengah hari,dan petang, disinilah aku makan minum. Diam diam sudah 3 bulan aku berada sini. Masa terus berlalu.
Sudah hampir 3 hari aku tak tenguk muka makcik Meon ampunya gerai makan ini. Kemana agaknya. Dah 3 hari jugalah aku tak makan digerainya. Gerainya malap saja. Masuk hari ke 3 ini, kira-kira pukul 10 pagi, aku pergi juga kegerai itu, dengan harapan dapat berjumpa makcik Meon. Al hamdulillah dapat juga berjumpa makcik Meon. Keadaannya tak ceria, sugul dan tidak bermaya. Nampak sangat ketuannya.
"Dah berapa hari saya tak nampak makcik?," tanya aku.
"Ya lah Mid oi! Makcik demam!," jawab makcik Meon.
"Makcik dah jumpa doktor?," tanya aku lagi.
"Dah Mid, doktor kata badan makcik dah terlebih panas. Sebelum ni
makcik dah berendam dalam tong belakang rumah, tapi tak hilang-
hilang juga panasnya. Entahlah Mid,"sambong makcik dengan nada
suara sedih. Aku angguk-anggukkan kepala tanda faham.
"Ada wak Jawa tu buatkan air penawar, tapi makcik tak boleh nak
minum..dia ludah air tu," sambong makcik Meon.
Aku geling-geling kepala. Baru kali ini aku dengar orang meludah kedalam air yang dijampi. Sedang aku memikirkan hal makcik Meon, tiba-tiba aku naik semangat hendak membantu menyelesaikan kes ini. Aku teringat pesenan Tok Guru aku, seorang bomoh dari Sumatera, katanya, tunggu ilham sampai yang ada kaitan dengan orang yang sakit tu, baru boleh kita kerjakan dia. Kena kontek alam ghaib. Tunggu punya tunggu.. Ya...aku nampak sesuatu!! Memang tidak lojik langsong, apa yang terbayang ini, sesuatu yang tidak aku fikirkan,sebab ini pengelaman baru buat aku.
"Makcik ada tak simpan apa-apa benda dalam masa 2 ke 3 hari ni,"
tanya aku.
"Benda! Kalau benda tak ada, tapi ikan haruan adalah makcik simpan
dalam takong air," jawab makcik Meon.
"Dimana makcik dapat," soal aku.
"Wak Jawa tu yang bagi. Dia mandi senja senja kat lombong sebelah
tu Mid, tiba-tiba haruan tu masuk kedalam kain cokinnya, apa lagi
dia tak lepas," terang makcik.
Aku pernah jumpa wak itu digerai ini, tapi tak pernah bertegur siapa. Umurnya kurang lebih 60 tahun ada. Wak itu memang setiap hari mandi ditepi lombong tidak jauh dari gerai tersebut pagi. Dia hidup sebatang kara dikawasan setinggan dibelakang bengkil tu. Kata makcik Meon, dia tinggal sereban dengan ayam-ayamnya. Masyaallah!!
"Ikan tu jangan makcik buat gulai. Nanti makcik lepaskan semula
kedalam lombong tu ya," kata aku.
Makcik Meon tercenggang, mungkin dia rasa pelik, sedang aku sendiri tidak tenguk ikan itu macam manakah rupanya. Lagilah gabera makcik Meon bila aku mintak pisau dan segelas air. Aku dengan makcik saja yang ada digerai ketika itu. Sambil memasukkan mata pisau itu kedalam cawan berisi air, aku membaca beberapa doa dan beberapa potong ayat Al Quran. Bila dah selesai jam-jam itu juga aku suruh makcik minum.
"Makcik rasa satu macam je Mid..seram sejuk,bulu roma makcik naik.
Makcik tak sangka orang muda macam kau ni boleh ubat orang," kata makcik. Tapi aku tidak cakap apa-apa pun pada makcik. Aku buat ikhlas kerana Allah tidak ada pengeras, tidak ada apa-apa bayaran. Aku rasa sudah tidak ada apa lagi. Aku kira kerja aku ini sudah selesai.
Aku pun minta diri hendak cepat masuk pejabat, nanti bossku cari mampos aku. Sejak akhir-akhir ini aku rasa sudah tidak suka lagi bekerja disini. Dengar cerita aku hendak ditukarkan ke Pulau Pinang pulak. Mampos aku. Apa hal pun aku harap makcik cepat semboh senang aku nak makan minum. Sudah macam mak aku makcik itu. Pakcik Meon pun tak kesah,tapi dia jarang ada digerai. Tidak pulak aku tanya makcik apa kerjanya orang tua itu. Esuk pagi sebelum masuk pejabat aku singgah minum digerai makcik. Kelihatan makcik ceria dan lincah buat kerja. Al hamdulillah.
Sementara nasib aku pula, setelah berada dibengkil ini selama 6 bulan, aku pun berhenti kerja. Aku dapat kerja baru disebuah jabatan ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Kerja baru aku ini tidak perlu berpindah randah lagi. Al hamdulillah.
Keterangan:
Mengapa mahluk halus dan ahli sihir suka gunakan ikan haruan bagi tujuan jahat mereka? Sebabnya ialah ikan itu tahan lasak, nyawanya kuat dan semangatnya boleh dikawal. Haruan boleh hidup didalam tanah lembab tanpa air dalam jangka masa yang lama. Apa tah lagi jika ada air walau pun airnya sangat kotor, haruan masih boleh hidup.
Ahad, 2 Februari 2020
Masalah dan permasalahan
Selagi kita digelar manusia selagi itulah kita selalu dikejar masalah, kita tak dapat melarikan diri daripada pelbagai permasalahan. Masalah itu adalah ujian hidup bagi menentukan hala tuju hidup kita kepada yang lebih baik lagi.
Masalah itu berbagai-bagai ada yang bersifat kecil dan ada yang bersifat bersekala besar. Kadangkala masalah yang kecil boleh jadi besar sebab kita menurut hawa nafsu dalam menyelesaikannya. Manakala masalah yang besar kita pandang remih. Sehingga disatu ketika ia sudah tidak dapat dikawal lagi. Begitulah keadaan yang kita hadapi.
Jadinya marilah kita renong-renong dan mencari jalan untuk keluar menyelesaikannya.
. Kebun dan kandang ayamSabtu, 1 Februari 2020
Siri Kedua Penunggu Bukit
Ahad, 26 Januari 2020
Penunggu Bukit
Khamis, 6 September 2018
Kelebihan mesin basuh kain outomatik
Sebenarnya dipasarkan ada banyak pilihan. Ada berbagai jenama yang masing-masing menawarkan harga berbagai-bagai. Anda mahu membeli jenama atau atau keperluan apa. Jika anda kurang berkemampuan beli saja yang mampu anda bayar
Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jika anda menggunakan mesin basuh automatik anda memperolehi beberapa kelebihan. Tidak perlu tunggu lama-lama kurang lebih 45 minit, pakaian yang dicuci sudah siap untuk dijemur. Andainya anda menggunakan mesin basuh semi auto, sekurang-kurangnya dua jam baru selesai. Anda kena bantu mesin tersebut seperti memasukkan air,membuang air semua itu dilakukan berkali-kali, dan sehingga anda rasa bersih, anda terpaksa membilas dan memasukkan kain-kain ketempat pengeringan. Sungguh penat sekali.
Tentang harga kadang-kala bezanya hanya RM100.00 anda sudah dapat sebuah mesin basuh automatik. Terpulang kepada anda untuk membuat pemilihan yang tepat. Pemilihan semuanya ditangan anda.
Jumaat, 6 April 2018
Buaya mengendap
Lebih kurang pukul 5 petang aku keluar rumah untuk memancing disebatang sungai kira-kira 3 km dari rumah keluarga. Nama sungai itu ialah Sungai Bentong, yang airnya mengalir ke Sungai Pahang. Aku tidak memberi tahu mereka pun kemana aku pergi. Aku pergi seorang diri. Hanya dengan berjalan kaki kerana aku perlu memasuki kehutan untuk sampai ke tempat yang dituju.
Dengan berbekalkan joran buluh dan sedepa dua tali tangsi dan beberapa bilah mata pancing. Tidak ada senjata yang aku bawa. Tidak ada parang. Tidak ada pisau. Semua itu aku tidak punya.
Sesampai di lokasi aku cari tempat yang paling ideal sekali iaitu dibahagian atas lubuk, dimana aku kira ikan-ikan dari atas sungai pasti melalui tempat ini.
Puas aku tunggu hampir dekat sejam tidak ada apa-apa berlaku. Tetiba hati aku tergerak untuk memandang ketengah sungai yang agak besar juga, airnya yang keruh dan deras. Aku terlihat sebatang kayu hitam yang agak besar dihanyutkan air, tetapi kenapa menuju kearah aku. Aku terdetik mengata ini adalah buaya, serta merta ia tenggelam dan tidak timbul lagi. Ku kira ia sedang merangkak didasar sungai untuk sampai kearah aku.
Aku tak ambil masa lama untuk berfikir, aku terus sahaja meninggalkan tempat itu dan naik ke tebing yang lebih tinggi dan tidak mungkin buaya dapat menyambar. Tempat aku duduk tadi hanya sejengkal dari gigi air. Memang merbahaya.
Apa yang aku fikir saat itu ialah kedatangan buaya itu pasti bersama bah besar yang baru melanda sungai ini beberapa hari lalu. Kesannya air sungai masih besar dan keruh. Setahu aku belum ada sesiapa pun yang mengatakan sungai ini ada buaya.. Namun Sungai Semantan dan Sungai Pahang masih lagi jauh. Sungai-sungai memang terkenal dengan buaya-buayanya. Buaya ini kemungkinan mudik dari sini.
Kepada kaki-kaki pancing berhati-hatilah selalu, jangan leka sangat sehingga tak ingat apa benda. Musuh kita berada dimana saja.
Apabila aku datang lagi kesini, aku tetap ingat dan berhati-hati.
Tahukah apa yang terjadi beberapa bulan kemudian. Aku datang lagi ke sini, tetapi aku memancing kehilir sedikit. Kali ini aku bawa senjata ia itu sebilah parang yang digunakan oleh ayah aku jika pergi memburu dihutan belantara. Aku ambil parang tanpa izin dia.
Hendak jadikan cerita, ketika aku terbongkok-bongkok ditebing sungai untuk mendapatkan lokasi yang ideal, parang itu terjatuh ke dalam lubuk yang berada di bawah pokok kayu besar. Aku termenung seketika. Rasa takut menyelubungi diri aku, aku teringatkan buaya satu hal, kemarahan ayah aku lagilah tak boleh tahan. Aku serahkan kepada nasib. Mula-mula aku hulur kaki aku ketempat parang itu jatuh. Raba punya raba, aku terasa hulu parang, rupa-rupanya parang itu jatuh terpacak. Tidak berlengah lagi aku hulur tangan aku dan terus tarik parang itu naik ke tebing. Aku cukup menyesal dan terus pulang kerumah. Aku cukup-cukup bertaubat selepas itu aku tidak lagi memancing di tempat itu dan tidak lagi membawa parang kecuali parang aku sendiri. Hendak tahu umur aku masa itu 16 tahun. Begitulah kesah hidup ku.