Cari Blog Ini

Ahad, 16 Oktober 2016

Surat Kepada Penunggu Lombong

    Habis saja time kerja, aku terus saja ke Gerai Makcik Meon untuk minum petang. Nak balik terus kerumah sewa bujang, apa ada. Tidur saja yang boleh. Sampai-sampai terus order air dan makan kueh apa yang ada.

    Mak cik beri tahu ada budak lemas di lombong belakang gerainya.  Kira-kira 300 meter saja dari gerainya. Tengah hari balik saja dari sekolah budak-budak yang rumah setinggan mereka berdekatan kawasan lombong itu akan mandi disitu ramai-ramai. Berpesta betullah. Budak-budak sekolah rendah. Terjun punya terjun seorang daripada mereka tenggelam tidak timbul-timbul lagi. Yang lain habis penik. Datang semua mak bapak dia orang. Memang kecuh. Pasukan penyelamat sudah dipanggil dan sudah pun memulakan tugas. Sejak tengah hari tadi hingga ke petang masih belum berhasil mendapatkan mangsa.

    Sebaik keluar dari kedai mak cik Meon, aku cuba meninjau-ninjau dari kejauhan kearah tempat kejadian, memang ramai betul orang. Belum ada kejadian seperti ini sebelum ini. Dulu-dulu dengar cerita orang di Kampong Datok Keramat Kuala Lumpur tempat ini tempat buangan mangsa-mangsa trajedi berdarah 13 Mei. Tempat ini memang dah berpuaka. Kalau begitu mesti ada cara ghaib untuk mengeluar mayat budak tu. Itu yang aku fikirkan dalam perjalanan balik kerumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian. Syaitan dan iblis memang ada dimana-mana sebab jumlah mereka 9% dari jumlah manusia. Kalau kita percaya tempat itu ada dia, memang adalah dia disitu. Dia mengikut kepercayaan orang ramai.

    Sampai di rumah aku masih mencari ilham macam mana nak buat. Ilham ni dua martabat, satu dia datang sendiri dan kedua ilham kena cari. Baru aku ingat satu kaedah. Tidak berlenggah lagi aku mengambil sehelai kertas lalu menulis Bismillahirahmanirahim. Wahai dot dot (ini rahsialah tak boleh share sebab tak mahu digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab). Siap tulis aku lipat elok-elok dan terus simpan dalam poket baju.

    Pagi 7.30 aku dah keluar rumah. Begitulah setiap pagi. Aku akan lalu ditepi lombong itu. Setibanya ditepi lombong itu aku campak surat yang telah aku ikat dengan batu kedalam lombong kira-kira 5 meter dari tebing. Dan aku terus ke gerai makcik Meon untuk minum pagi dan aku pastikan sebelum 8.00 am aku dah ada dalam pejabat.

    Petang selepas habis kerja biasalah pergi minum dulu dan bertanya makcik apa ceritanya budak lemas tu. Nampaknya tak ada apa-apa perubahan. Masih tak dapat.

    Aku pun berjalan pulang kerumah dan melihat ketempat pencarian. Orang masih ramai. Dan pertugas keselamatan masih terkiai-kiai melempar besi penyangkuk ketempat mangsa yang difikirkan tenggelam. Namun tak berhasil. Aku lantas pergi ketempat aku buang surat tu dan berdiri sambil berkata, "mengapa kau tak lepaskan budak tu. " Tiba-tiba air lombong berombak dengan kuat dan terdengar orang ramai menjerit. Aku lihat dengan mata aku mayat mangsa mengambor setinggi tak kurang 15 kaki dekat dengan tempat pencarian. Aku tinggal tempat itu dengan penuh rahsia sehingga cerita ini ditulis.

Ahad, 1 November 2015

Jerebu

  Sejak kedatangan jerebu kenegara ini, berbagai gelajat manusia yang dapat kita lihat. Itu semua melambangkan corak keperibadian masing-masing.

  Rata-rata rakyat tidak dapat menerima kedatang jerebu yang melanda negara ini, yang juga dirasakan oleh negara Brunei dan Singapura. Ekuran pembakaran ladang dan hutan di Indonesia. Api yang membesar tidak dapat dikawal, lantas asap dari kebakaran itu dengan pantas dibawa angin kenegara-negara jiran. Eroninya rakyat cepat sangat menyalahkan pihak kerajaan yang dikatakan tidak bersiap siaga menghadapi kedatangan jerebu.

  Jerebu memanglah sesuatu yang menyusahkan kerana ia menutup pemandangan, yang indah jadi tidak indah. Jika sebelum jerebu pokok-pokok, bukit-bukau dan gunung-ganang dapat dilihat memghijau dan membiru, tetapi dengan kedatangan jerebu semuanya kelihatan putih disana sini. Dan bila kedatangan hujan keadaan alam menjadi gelap. Hari-hari media sosial,  letronik, dan media cetak melapur berita pasal jerebu.

  Jerebu mendatangkan beberapa kesan dinegara ini, diantaranya bertambahnya persakit peparu bagi pengidap asma, selasema. Negara menerima kekurangan pelancung asing sekali gus mengurangkan sumbar hasil negara. Sekolah-sekolah ditutup beberapa ketika. Sukan bola juga tergendala.

  Bagi pihak kerajaan pula beberapa langkah diambil bagi memenangi situasi jerebu seperti membuat hujan tiruan. Rundingan juga telah diadakan bagi kedua belah pihak negara yang terlibat, Malaysia dan Indonesia. Siasatan juga telah dibuat bagi mengenal pasti mereka yang terlibat membakar besar-besaran secara terbuka. Sepatutnya syarikat-syarikat ladang yang terlibat membayar ganti rugi kepada pihak yang menjadi mangsa. Mereka hanya mengejar keuntungan tetapi pihak lain yang menanggung rugi. Masjid-masjid dan surau-surau saban jumaat mengadakan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah agar keadaan menjadi normal.

  Apa pun kita bersyukur kini keadaan telah pulih.

Khamis, 16 Julai 2015

Berbuka puasa diluar

  Dihujung-hujung Ramadan,  ramai diantara kita terutama suri rumahtangga dah malas turun kedapor bagi menyediakan makanan untuk berbuka. Mereka keluar untuk berbuka sama ada digersi-gerai, restoran atau hotel berdasarkan keinginan masing-masing. Saya pun macam mereka.

  Selewat lagi 15 minit waktu berbuka, saya keluar rumah, restoran pertama saya sampai telah penuh, lalu saya meneruskan perjalanan ke restoran kedua kira-kira 1km lagi, restoran ini penuh tapi masih ada tempat kosong. Saya tak mengenali seorang pun pengunjung di restoran ini, ternyata mereka orang luar yang singgah bagi meneruskan perjalanan ke dinasti masing-masing.

  Tidak ada menu yang istimewa di restoran ini, makanannya biasa saja seperti dibulan-bulan lain. Saya makan nasi putih dengan kari kambing dan segelas teh tarik. Yang seronoknya ramai orang. Mereka kelihatan ceria sekali. Begitulah keadaannya berbuka diluar.

Jumaat, 3 Julai 2015

Semoga Kita Baik-baik Sahaja

  Sejak-sejak kebelakang ini, pemikiran rakyat kebanyakkan menjadi keliru, terutama dalam soal agama dan politik. Sebahagian besar mereka seolah-olah tak tahu hendak meletakkan diri mereka. Mereka benar jadi keliru.

  Dalam soal agama mereka banyak bergantung kepada individu yang mereka percaya sebab kelantangan mereka, berhujah dan berpidato. Mereka hanya mampu mengisi kerohaniah umah, tetapi tidak mampu membangunkan umah dari segi ekonomi. Sedangkan mereka dipilih sebagai wakil untuk membangunkan umah bukan saja menjanji syuga tetapi membuatkan rakyat berjaya dalam kehidupan duniawi, tampa kesejahteraan dunia bagaimana umah bisa melakukan ibadah dengan sempurna, misalnya untuk ke tanah suci perlukan wang yang besar. Namun begitu rakyat masih tegar menyokong mereka.

  Dari segi politik terdapat dua parti besar orang Melayu ia itulah UMNO dan PAS. UMNO tidak melebelkan terang-terang sebagai parti Islam, tetapi pada hakikatnya mereka banyak menyumbang kepada Islam, berbeda dengan PAS terang-terangan mahu mewujudkan sebuah negara Islam berlandaskan hukum huddud.

  Dari segi kemampuan nampak gaya PAS kurang berupaya memerentah negara dan tidak berupaya mewujudkan suasana harmoni didalam pakatan politiknya dengan parti-parti lain. Ini tidak sama sekali berlaku kepada UMNO dengan mana-mana parti politik yang duduk dalam satu barisan ia itu BARISAN NATIONAL.

  Walau bagaimana pun kita harap walau apa pun pilihan rakyat, harap semuanya baik-baik saja.

Selasa, 16 September 2014

DENDAM 2

Apa benda ni! Kepala lembu dan badannya beruang. Menari-nari dengan kaki dua.
"Kau ni siapa? Kau siapa? Kau hendak apa?," tanya saya. Tidak ada jawapan. Lembaga itu masih menari dan menari.
"Hoi! Aku tak ada gendang, tak ada kecapi,tak ada seruling nak melayan kau menari," sambong saya. Lembaga itu buat tidak faham, atau memang dia bisu.
"Aku tak ingin berguru dengan kau. Aku juga tak mau ambik kau menjadi murid aku. Berambus! Bermbus..keluar keluar," jerekah saya. Dalam keadaan macam ini apa pun saya dah lupa, dah tak ingat. Kelam kabut. Lama kemudian baru teringat nak baca ayat itu, ayat ini, yang mana dulu nak dibacakan, untuk menghalau jembalang puaka ini. Saya cuba baca ayat kursyi. Baca. Baca. Baca. Dan disambong dengan bacaan bismillah 21 kali. Dengan izin Allah, lembaga itu semakin mengecil,dan mengecil, satu bunyi "pop" kedengaran, lalu lesap dalam udara. Saya hampir pensan,bukan kerana saya takut, tapi letih yang amat sangat.

Malam kedua

Kali ini saya dah bertambah semangat. Saya fikir dia mungkin datang lagi, mungkin dalam bentuk lain pula. Tunggu punya tunggu, jam dah hampir tiga pagi. Tiba-tiba satu bayangan menembusi dinding rumah daripada papan, satu lembaga perempuan menjelma sungguh mengerikan, rambutnya hitam melepasi bahu,mukanya putih, kuku jari tangannya sehasta panjang,dan berpakai buruk. Sepasang matanya mencilau melihat kearah saya. Nampaknya dia lagi sial daripada makhluk terdahulu. Dia duduk disudut rumah, berpindah-pindah, kejap disudut kiri,kejap disudut kanan. Lagaknya dia bila-bila masa hendak menerkam saya. Memang terasa nak runtuh jantong saya dengan pandangan matanya. Rasa-rasa saya dah tak boleh tahan, kalau boleh nak subuh secepat mungkin, supaya ada orang azan suboh. Supaya hantu ni boleh masuk kealam dia semula.
"Hoi kau ni siapa ! Siapa yang hantar kau kemari! Kau jangan ganggu hidup aku boleh. Aku tak ganggu hidup kau,' tanya saya. Dia tak menjawab, hanya kuku tangannya yang boleh keluar masuk, dan menunjuk-nunjuk kepada saya.
"Hoi! Kau keluar dari rumah aku ni boleh tak, keluar sekarang," Namun dia tak bergerak. Saya baca ayat kursyi juga tak menjadi apa. Mungkin bacaan saya yang tak betul sebutan..Dalam pada itu kedengaran azan subuh dari masjid berdekatan, lembaga setan itu mengecil dan mengecil, dan mengeluarkan bunyi "pop" lalu ghaib.
Saya terasa amat letih dan mengantuk begitu teruk sekali..

Malam ketiga

Saya pasang telinga, dan kawal perasaan saya, bila terdengar ada sesuatu yang bergerak didepan pintu rumah. Kemudian saya terlihat kuku-kuku jari dari sepasang tangan muncul dari bawah dedaun pintu. Kuku-kuku menggaru-garu lantai kayu, betul-betul mengganggu.
"Hoi dah tak ada kerja lain ke?", sergah saya. "Aku hentak kau nanti," sambong saya. Kuku itu menghilang, rupa-rupa setan beralih kebelakang rumah. Dia menggaru-garu dinding papan dari atas ke bawah berulang-ulang. Kemudian tak ada apa-apa kedengaran lagi selepas saya membaca ayat kursyi ..Senyap terus.

Selepas kejadian tersebut saya sakit teruk kerana tekanan perasaan yang amat sangat. Kakak saya datang dan bawa kehospital dan ditahan hampir tiga minggu. Dalam masa itu rumah pusaka itu musnah terbakar. Abang saya dah lama suruh saya keluar dari rumah itu sebab rumah itu hendak dijual dan rumah itu sudah dicagarkan kebank. Saya tetap berkeras tak mau keluar.

Begitu cerita Zamshah kepada saya. Dia keturunan Pakistan.

Kesimpulannya memang ini tak syak lagi adalah permainan sihir untuk mengusir penghunai rumah itu agar meninggalkan rumah berhantu, yang akhir membuat adik beradik berpecah dan merempat.

Khamis, 11 September 2014

DENDAM

Ada jemputan kahwin hari ini, sejam sebelum majlis bermula pada pukul 12 tengah hari. Macam ini mana boleh. Paling tidak dua hari sebelum majlis tersebut. Aku tengah siap-siap nak pergi lepak disebuah taman kira-kira 2 km dari rumah. Dengan menunggang motor 5 minit sampai. Tapi tak terus ke taman, makan dulu di kedai mamak yang berdekatan. Siap makan baru aku bergerak ke taman. Motor aku parkir didepan pasar raya. Taman tu tak jauh dari pasar raya kira 300 meter saja.
Aku duduk disalah satu ponduk yang disediakan untuk pengunjung, sambil membaca akhbar mingguan, dari muka depan kemuka belakang. Didepan aku, sebuah tasek mini. Kaki pancing akan datang memancing waktu petang dan malam. Toman, haruan, keli, telapia, udang dan kura-kura menjadi penghuni tasek ini. Dipondok ini hanya aku berdua dengan seorang lelaki Cina sekitar 70an. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Dia tak senyum. Aku pun malas nak senyum.
Tiba-tiba aku terpandang susuk badan tinggi lampai dengan tangannya berbedung. Semangkin dekat semangkin dekat. Macam kenal je. Aku angkat tangan. Dia pun angkat tangan. "Salamu alaikum Zam," kata aku. "Mualaikum salam tuan. Tuan buat apa kat sini," balas Zamshah. "Saja saja duduk je. Tangan kau ni kenapa jatuh ke Zam," tanya aku. "Saya digigit anjing. Pertama kali anjing tu terkam saya,saya sepak terperlanting anjing tu jatuh longkang. Dia bangun balik terus terkam tangan saya, dia goyang goyang..patah ni tuan," katanya. "Malang nasib kau Zam, sabar jelah. Dah buat suntikkan anti baitik. Oklah tu,"kata aku. "Semua dah buat," tambah Zam.
"Seminggu selepas raya aidilfiltri saya ada datang kenduri kahwin dekat rumah Zam di Taman Kenanga, tapi rumah peninggalan orang tua Zam tu kata orang telah dibakar! Apa cerita ni Zam," tanya aku panjang lebar."Panjang ceritanya tuan. Sebelum rumah tu dibakar bermacam kejadian pelik berlaku sampai saya dimasukkan ke Hospital Selayang" kata Zamshah. "Pelik yang macam mana ni, cuba cerita sikit," aku dah stat nak tau ni. Mari kita dengar cerita dia.
Kesah ini berlaku berturut-turut malam selama tiga malam, menghampiri pukul 3 malam.

Malam pertama.

Malam itu saya tak dapat melelapkan mata. Panas dalam rumah semacam. Jam dah hampir kepukul tiga pagi. Dalam melayan fikiran yang tak keruan itu, tiba-tiba terdengar ada benda jatuh kedalam rumah. Bergegar rumah dibuatnya. Tak nampak apa benda yang jatuh itu. Dalam saya terpinge-pinge itu..astghafirullah..(ikuti sambongannya diblog akan datang)

Rabu, 27 November 2013

Misteri Perempuan Berbaju Hitam 2

Siri kedua dan terakhir

     Sara tak pasang lampu. Hanya cahaya lampu dari luar menerjah masuk kebiliknya. Keadaan samar-samar. Perasaan Cek Mat menjadi seram semacam. Sara tiba-tiba telah bertukar wajah menjadi perempuan hodoh dengan sepasang mata yang merah. Dia juga tiba-tiba menjerit dengan sekuat-kuatnya sambil memusing-musingkan kepala dengan ligat, manakala kedua-dua tangannya dikuak-kuakkan keatas dan kebawah seperti burung yang hendak terbang,dan apabila dia berhenti rambutnya akan menutupi mukanya,dan dari celah-celah rambut itu akan menampakan matanya yang merah merenong kearah Cek Mat. "Eh!! Awak ni kenapa, janganlah menjerit, nanti semua orang dengar," kata Cek Mat kepada Sara. Sara tak perduli. Dia terus saja mengulang-ulang perbuatannya. Sara tak menjawab. Dia dah tak boleh berkata seperti mana Sara yang dulu. "Dalam hati saya masa tu Sara ni bukan lagi manusia, inilah yang orang katakan puntianak," terang Cek Mat. Pendek kata jeritan Sara boleh membuatkan siapa saja pengsan atau mati kerana ketakutan. "Tapi saya tak rasa takut," kata Cek Mat.

     Akhirnya Sara hilang begitu saja. Hilang dari pandangan. Dalam hati Cek Mat tak mau fikir apa-apa lagi. Dia mau keluar. Dia cuba mencari jalan keluar tapi tak jumpa. Sudah puas berpusing-pusing sampai dititik yang sama juga. Dan sekarang baru dia terbau,bau busuk yang teramat sangat seperti bau mayat. Dia cuba memanjat dinding yang tingkapnya daripada kaca tebal,dia nampak sayup sayup kebawah, nampak lampu-lampu kereta, lampu-lampu kedai dan lampu-lampu jalan. Rupa-rupanya Cek Mat berada ditingkat 4 bangunan dimana dibawahnya adalah kelab malam. Anihnya masa dia naik keatas tadi satu tangga pun dia tak pijak, sebaik Sara memeluk pinggangnya sekelip mata dia dah berada dibilik Sara.

     Jam sudah pukul 4 pagi Cek Mat masih tak dapat keluar. Setelah berpusing-pusing entah berapa puluh kali, dia ternampak satu cahaya tak begitu besar sangat, dia ikut ikut dan ikut, Cek Mat ternampak pintu kelab malam itu terbuka dengan sendirinya. Ajaib!!. Apa lagi dia tak tunggu lagi. Cabut. Akhirnya Cek Mat selamat keluar.

     Sejak kejadian itu Cek Mat pergi lagi ke kelab malam tersebut tetapi tak jumpa Sara, mungkin Sara telah menukar wajahnya yang baru. Mak Cek Mat, saya panggil Makngah, katanya," kadang kadang makngah dengar juga orang memanggil kat luar rumah tengah malam..Mat...Mat..buka macam suara orang..seram bunyinya..hii takut makngah."

     Semenjak saat itu juga Cek Mat merasa satu keanihan pada dirinya,dia merasa badannya berbau busuk macam bangkai, walaupun disabun berkali-kali bau tu tak mahu hilang. Orang lain yang dekat dengan dia tak de bau apa-apa. Bau tu hanya hilang dengan sendirinya 2 bulan kemudian.

KESIMPULANNYA

     Ya kita pernah dengar dalam sejarah Islam, dimana iblis menjelma menjadi manusia. Dalam kesah Cek Mat jelas puntianak adalah dari iblis yang tugasnya untuk menyesatkan manusia,bahkah berupaya menyerang dan membunuh manusia. Tetapi oleh kerana Cek Mat orang yang berani dan kental usaha iblis itu gagal. Puntianak memang suka mendekati lelaki yang suka berseorangan,tambah pula pergi ketempat-tempat sebegini. Jangan kata puntianak tinggal diatas pokok-pokok kayu dihutan-hutan, mereka juga tinggal dihutan-hutan batu..dibilik-bilik rumah yang kosong.