Seorang sahabat datang kerumah berjumpa aku untuk
Cari Blog Ini
Khamis, 12 Mac 2026
Di Rasuk Jin Pantai
Seorang sahabat datang kerumah berjumpa aku untuk
Rabu, 11 Mac 2026
Semoga Kita Baik-baik Sahaja
Sejak-sejak kebelakang ini, pemikiran rakyat kebanyakkan menjadi keliru, terutama dalam soal agama dan politik. Sebahagian besar mereka seolah-olah tak tahu hendak meletakkan diri mereka. Mereka benar jadi keliru.
Dalam soal agama mereka banyak bergantung kepada individu yang mereka percaya sebab kelantangan mereka, berhujah dan berpidato. Mereka hanya mampu mengisi kerohaniah umah, tetapi tidak mampu membangunkan umah dari segi ekonomi. Sedangkan mereka dipilih sebagai wakil untuk membangunkan umah bukan saja menjanji syuga tetapi membuatkan rakyat berjaya dalam kehidupan duniawi, tampa kesejahteraan dunia bagaimana umah bisa melakukan ibadah dengan sempurna, misalnya untuk ke tanah suci perlukan wang yang besar. Namun begitu rakyat masih tegar menyokong mereka.
Dari segi politik terdapat dua parti besar orang Melayu ia itulah UMNO dan PAS. UMNO tidak melebelkan terang-terang sebagai parti Islam, tetapi pada hakikatnya mereka banyak menyumbang kepada Islam, berbeda dengan PAS terang-terangan mahu mewujudkan sebuah negara Islam berlandaskan hukum huddud.
Dari segi kemampuan nampak gaya PAS kurang berupaya memerentah negara dan tidak berupaya mewujudkan suasana harmoni didalam pakatan politiknya dengan parti-parti lain. Ini tidak sama sekali berlaku kepada UMNO dengan mana-mana parti politik yang duduk dalam satu barisan ia itu BARISAN NATIONAL.
Walau bagaimana pun kita harap walau apa pun pilihan rakyat, harap semuanya baik-baik saja.
Isnin, 9 Mac 2026
Misteri Bukit Tagar
Misteri Bukit Tagar. Kesah ini terjadi beberapa tahun yang lalu pada satu hari ahad, tengah hari. Aku ketika itu sedang menunggang motor dari Tanjung Malim ke Rawang. Dari jauh aku dah nampak lencungan ke Bukit Tagar. Hati aku terdetik untok memasuki ke Bukit Tagar, ingin tau apa yang ada disini. Memang diketahui ramai oleh rakyat Malaysia, antara Bukit Tagar ke Bukit Beruntong sering berlaku kemalangan. Aku sering terjerempak dengan kemalangan disini biasanya melibatkan kereta sesama kereta yang hanya berlaku kurang setengah jam, sama ada ia melibatkan jalan keutara mahu pun keselatan. Pernah juga aku nampak sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita hampir keretanya dengan tiba-tiba hendak merempuh pembahagian jalan, ketika itu aku sedang berehat dibawah jambatan highway Tanjung Malim-Kuala Lumpur. Aku terkejut juga, nasib baik tidak ada apa-apa berlaku sebab ketika kejadian tiada kereta lain dibelakang kereta wanita itu, jika ada tidak tahulah apa yang hendak di katakan. Berbalik pada kesah aku tadi sebaik aku masuk kejalan Bukit Tagar, sebuah lori kontina sampah meluru laju lalu lesap diliku-likut jalan menujuk ke Batang Kali. Aku menunggang motosikal agak pelahan dijalan yang agak sunyi kerana ingin melihat pemandangan. Dikiri kanan adalah kebun kelapa sawit. Aku asyik memandang kekiri dan kekanan jalan. Aku terlihat disebelah kiri jalan seorang perempuan tua didalam kebun sawit itu entah apa yang dicarinya dalam cuaca yang agak panas ini, tidak hairanlah dia tidak melihat aku. Tak apalah. Aku berhenti diatas sebuah jambatan, dibawahnya sungai yang jauh kira-kira 30 kaki dari paras jambatan. Nampak gayanya tidak sesuai langsong untok aku memancing. Aku malas hendak pergi lebih jauh takut kehabisan petrol. Aku fikir lebih baik aku balik sahaja, dan datang lagi dilain masa. Aku patah balik dan terus memandu, dihadapan tertulis dipapah tanda Rawang-Kuala Lumpur. Aku terus masuk kearah lencongan yang ditunjukkan, dan memandu dengan laju. Cepat sampai. Setelah memasuki lebohraya, aku hairan apa pasal tidak nampak-nampak lagi lencongan ke Bukit Beruntong, aku kira sudah jauh berjalan, sepatutnya kurang daripada 10 minit sudah sampai. Aku rasa pelik sebab permandangan dikirim kanan jalan agak berbeza, namun aku teruskan perjalanan. Dan dari jauh aku nampak papan tanda yang menunjukkan ke Tanjong Malim. Adoh!!! Mengapa Tanjung Malim pulak. Apa sudah jadi dengan perjalanan aku ini. Akhirnya aku masuk kelaluan Tanjong Malim dan berpatah balik didepan Tol Tanjong Malim untok ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya pemandangan aku telah dikelabui sesuatu di Bukit Tagar...Ini yang aku rasai sendiri. Memang Bukit Tagar ini tempatnya keras. Banyak orang cakap begitu. Anda semua tentu pernah dengar orang sesat didalam hutan, berpusing-pusing ditempat yang sama. Mungkin disini perkampongan jin. Dan sekali lagi aku tempoh juga Bukit Tagar.Tempoh saja. Akhirnya aku selamat juga sampai kerumah. Dan sampai sekarang aku belum lagi ke Bukit Tagar bagi kali kedua. Entah bila aku pun tidak tahu!!! Aku ini memang suka diganggui oleh jin itu pun belum dia ikut sampai kerumah..
Berbuka puasa diluar
Dihujung-hujung Ramadan, ramai diantara kita terutama suri rumahtangga dah malas turun kedapor bagi menyediakan makanan untuk berbuka. Mereka keluar untuk berbuka sama ada digersi-gerai, restoran atau hotel berdasarkan keinginan masing-masing. Saya pun macam mereka.
Selewat lagi 15 minit waktu berbuka, saya keluar rumah, restoran pertama saya sampai telah penuh, lalu saya meneruskan perjalanan ke restoran kedua kira-kira 1km lagi, restoran ini penuh tapi masih ada tempat kosong. Saya tak mengenali seorang pun pengunjung di restoran ini, ternyata mereka orang luar yang singgah bagi meneruskan perjalanan ke dinasti masing-masing.
Tidak ada menu yang istimewa di restoran ini, makanannya biasa saja seperti dibulan-bulan lain. Saya makan nasi putih dengan kari kambing dan segelas teh tarik. Yang seronoknya ramai orang. Mereka kelihatan ceria sekali. Begitulah keadaannya berbuka diluar.
Rabu, 2 September 2020
Isnin, 31 Ogos 2020
HANTU JATI
Isnin, 27 Julai 2020
Jin Perasuk Bertindak Balas
Sabtu, 8 Februari 2020
Permainan Mahluk Halus
Angin tak ada. Ribut tak ada. Tetiba saja aku diarah pindah ke Datok Keramat, Kuala Lumpur. Ini sudah masuk 4 kali pindah randah. Kuala Lipis ke Jerantut, Jerantut ke Temerloh, Temerloh ke Kuantan, Kuantan ke Bengkil MARA Dato Keramat Kuala Lumpur. Nasib baik aku seorang diri. Haru biru kalau aku berkeluarga. Pukul 12 malam aku berlepas dari Kuantan dengan menumpang bas Expres MARA Kota Bharu-Kuala Lumpur. Subuh lagi aku sudah sampai di Bengkil MARA. Inilah tempat kerja aku yang baru. Kerana masih mahu kerja aku datang. Aku sedia mengikut perubahan. Dan aku tidak mahu menjadi mangsa keadaan. Mana tahu ada rezeki lain di Kuala Lumpur ini.
Disebelah bengkil tu ada sebuah gerai Melayu. Pagi, tengah hari,dan petang, disinilah aku makan minum. Diam diam sudah 3 bulan aku berada sini. Masa terus berlalu.
Sudah hampir 3 hari aku tak tenguk muka makcik Meon ampunya gerai makan ini. Kemana agaknya. Dah 3 hari jugalah aku tak makan digerainya. Gerainya malap saja. Masuk hari ke 3 ini, kira-kira pukul 10 pagi, aku pergi juga kegerai itu, dengan harapan dapat berjumpa makcik Meon. Al hamdulillah dapat juga berjumpa makcik Meon. Keadaannya tak ceria, sugul dan tidak bermaya. Nampak sangat ketuannya.
"Dah berapa hari saya tak nampak makcik?," tanya aku.
"Ya lah Mid oi! Makcik demam!," jawab makcik Meon.
"Makcik dah jumpa doktor?," tanya aku lagi.
"Dah Mid, doktor kata badan makcik dah terlebih panas. Sebelum ni
makcik dah berendam dalam tong belakang rumah, tapi tak hilang-
hilang juga panasnya. Entahlah Mid,"sambong makcik dengan nada
suara sedih. Aku angguk-anggukkan kepala tanda faham.
"Ada wak Jawa tu buatkan air penawar, tapi makcik tak boleh nak
minum..dia ludah air tu," sambong makcik Meon.
Aku geling-geling kepala. Baru kali ini aku dengar orang meludah kedalam air yang dijampi. Sedang aku memikirkan hal makcik Meon, tiba-tiba aku naik semangat hendak membantu menyelesaikan kes ini. Aku teringat pesenan Tok Guru aku, seorang bomoh dari Sumatera, katanya, tunggu ilham sampai yang ada kaitan dengan orang yang sakit tu, baru boleh kita kerjakan dia. Kena kontek alam ghaib. Tunggu punya tunggu.. Ya...aku nampak sesuatu!! Memang tidak lojik langsong, apa yang terbayang ini, sesuatu yang tidak aku fikirkan,sebab ini pengelaman baru buat aku.
"Makcik ada tak simpan apa-apa benda dalam masa 2 ke 3 hari ni,"
tanya aku.
"Benda! Kalau benda tak ada, tapi ikan haruan adalah makcik simpan
dalam takong air," jawab makcik Meon.
"Dimana makcik dapat," soal aku.
"Wak Jawa tu yang bagi. Dia mandi senja senja kat lombong sebelah
tu Mid, tiba-tiba haruan tu masuk kedalam kain cokinnya, apa lagi
dia tak lepas," terang makcik.
Aku pernah jumpa wak itu digerai ini, tapi tak pernah bertegur siapa. Umurnya kurang lebih 60 tahun ada. Wak itu memang setiap hari mandi ditepi lombong tidak jauh dari gerai tersebut pagi. Dia hidup sebatang kara dikawasan setinggan dibelakang bengkil tu. Kata makcik Meon, dia tinggal sereban dengan ayam-ayamnya. Masyaallah!!
"Ikan tu jangan makcik buat gulai. Nanti makcik lepaskan semula
kedalam lombong tu ya," kata aku.
Makcik Meon tercenggang, mungkin dia rasa pelik, sedang aku sendiri tidak tenguk ikan itu macam manakah rupanya. Lagilah gabera makcik Meon bila aku mintak pisau dan segelas air. Aku dengan makcik saja yang ada digerai ketika itu. Sambil memasukkan mata pisau itu kedalam cawan berisi air, aku membaca beberapa doa dan beberapa potong ayat Al Quran. Bila dah selesai jam-jam itu juga aku suruh makcik minum.
"Makcik rasa satu macam je Mid..seram sejuk,bulu roma makcik naik.
Makcik tak sangka orang muda macam kau ni boleh ubat orang," kata makcik. Tapi aku tidak cakap apa-apa pun pada makcik. Aku buat ikhlas kerana Allah tidak ada pengeras, tidak ada apa-apa bayaran. Aku rasa sudah tidak ada apa lagi. Aku kira kerja aku ini sudah selesai.
Aku pun minta diri hendak cepat masuk pejabat, nanti bossku cari mampos aku. Sejak akhir-akhir ini aku rasa sudah tidak suka lagi bekerja disini. Dengar cerita aku hendak ditukarkan ke Pulau Pinang pulak. Mampos aku. Apa hal pun aku harap makcik cepat semboh senang aku nak makan minum. Sudah macam mak aku makcik itu. Pakcik Meon pun tak kesah,tapi dia jarang ada digerai. Tidak pulak aku tanya makcik apa kerjanya orang tua itu. Esuk pagi sebelum masuk pejabat aku singgah minum digerai makcik. Kelihatan makcik ceria dan lincah buat kerja. Al hamdulillah.
Sementara nasib aku pula, setelah berada dibengkil ini selama 6 bulan, aku pun berhenti kerja. Aku dapat kerja baru disebuah jabatan ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Kerja baru aku ini tidak perlu berpindah randah lagi. Al hamdulillah.
Keterangan:
Mengapa mahluk halus dan ahli sihir suka gunakan ikan haruan bagi tujuan jahat mereka? Sebabnya ialah ikan itu tahan lasak, nyawanya kuat dan semangatnya boleh dikawal. Haruan boleh hidup didalam tanah lembab tanpa air dalam jangka masa yang lama. Apa tah lagi jika ada air walau pun airnya sangat kotor, haruan masih boleh hidup.
Ahad, 2 Februari 2020
Masalah dan permasalahan
Selagi kita digelar manusia selagi itulah kita selalu dikejar masalah, kita tak dapat melarikan diri daripada pelbagai permasalahan. Masalah itu adalah ujian hidup bagi menentukan hala tuju hidup kita kepada yang lebih baik lagi.
Masalah itu berbagai-bagai ada yang bersifat kecil dan ada yang bersifat bersekala besar. Kadangkala masalah yang kecil boleh jadi besar sebab kita menurut hawa nafsu dalam menyelesaikannya. Manakala masalah yang besar kita pandang remih. Sehingga disatu ketika ia sudah tidak dapat dikawal lagi. Begitulah keadaan yang kita hadapi.
Jadinya marilah kita renong-renong dan mencari jalan untuk keluar menyelesaikannya.
. Kebun dan kandang ayamSabtu, 1 Februari 2020
Siri Kedua Penunggu Bukit
Ahad, 26 Januari 2020
Penunggu Bukit
Khamis, 6 September 2018
Kelebihan mesin basuh kain outomatik
Sebenarnya dipasarkan ada banyak pilihan. Ada berbagai jenama yang masing-masing menawarkan harga berbagai-bagai. Anda mahu membeli jenama atau atau keperluan apa. Jika anda kurang berkemampuan beli saja yang mampu anda bayar
Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jika anda menggunakan mesin basuh automatik anda memperolehi beberapa kelebihan. Tidak perlu tunggu lama-lama kurang lebih 45 minit, pakaian yang dicuci sudah siap untuk dijemur. Andainya anda menggunakan mesin basuh semi auto, sekurang-kurangnya dua jam baru selesai. Anda kena bantu mesin tersebut seperti memasukkan air,membuang air semua itu dilakukan berkali-kali, dan sehingga anda rasa bersih, anda terpaksa membilas dan memasukkan kain-kain ketempat pengeringan. Sungguh penat sekali.
Tentang harga kadang-kala bezanya hanya RM100.00 anda sudah dapat sebuah mesin basuh automatik. Terpulang kepada anda untuk membuat pemilihan yang tepat. Pemilihan semuanya ditangan anda.
Jumaat, 6 April 2018
Buaya mengendap
Lebih kurang pukul 5 petang aku keluar rumah untuk memancing disebatang sungai kira-kira 3 km dari rumah keluarga. Nama sungai itu ialah Sungai Bentong, yang airnya mengalir ke Sungai Pahang. Aku tidak memberi tahu mereka pun kemana aku pergi. Aku pergi seorang diri. Hanya dengan berjalan kaki kerana aku perlu memasuki kehutan untuk sampai ke tempat yang dituju.
Dengan berbekalkan joran buluh dan sedepa dua tali tangsi dan beberapa bilah mata pancing. Tidak ada senjata yang aku bawa. Tidak ada parang. Tidak ada pisau. Semua itu aku tidak punya.
Sesampai di lokasi aku cari tempat yang paling ideal sekali iaitu dibahagian atas lubuk, dimana aku kira ikan-ikan dari atas sungai pasti melalui tempat ini.
Puas aku tunggu hampir dekat sejam tidak ada apa-apa berlaku. Tetiba hati aku tergerak untuk memandang ketengah sungai yang agak besar juga, airnya yang keruh dan deras. Aku terlihat sebatang kayu hitam yang agak besar dihanyutkan air, tetapi kenapa menuju kearah aku. Aku terdetik mengata ini adalah buaya, serta merta ia tenggelam dan tidak timbul lagi. Ku kira ia sedang merangkak didasar sungai untuk sampai kearah aku.
Aku tak ambil masa lama untuk berfikir, aku terus sahaja meninggalkan tempat itu dan naik ke tebing yang lebih tinggi dan tidak mungkin buaya dapat menyambar. Tempat aku duduk tadi hanya sejengkal dari gigi air. Memang merbahaya.
Apa yang aku fikir saat itu ialah kedatangan buaya itu pasti bersama bah besar yang baru melanda sungai ini beberapa hari lalu. Kesannya air sungai masih besar dan keruh. Setahu aku belum ada sesiapa pun yang mengatakan sungai ini ada buaya.. Namun Sungai Semantan dan Sungai Pahang masih lagi jauh. Sungai-sungai memang terkenal dengan buaya-buayanya. Buaya ini kemungkinan mudik dari sini.
Kepada kaki-kaki pancing berhati-hatilah selalu, jangan leka sangat sehingga tak ingat apa benda. Musuh kita berada dimana saja.
Apabila aku datang lagi kesini, aku tetap ingat dan berhati-hati.
Tahukah apa yang terjadi beberapa bulan kemudian. Aku datang lagi ke sini, tetapi aku memancing kehilir sedikit. Kali ini aku bawa senjata ia itu sebilah parang yang digunakan oleh ayah aku jika pergi memburu dihutan belantara. Aku ambil parang tanpa izin dia.
Hendak jadikan cerita, ketika aku terbongkok-bongkok ditebing sungai untuk mendapatkan lokasi yang ideal, parang itu terjatuh ke dalam lubuk yang berada di bawah pokok kayu besar. Aku termenung seketika. Rasa takut menyelubungi diri aku, aku teringatkan buaya satu hal, kemarahan ayah aku lagilah tak boleh tahan. Aku serahkan kepada nasib. Mula-mula aku hulur kaki aku ketempat parang itu jatuh. Raba punya raba, aku terasa hulu parang, rupa-rupanya parang itu jatuh terpacak. Tidak berlengah lagi aku hulur tangan aku dan terus tarik parang itu naik ke tebing. Aku cukup menyesal dan terus pulang kerumah. Aku cukup-cukup bertaubat selepas itu aku tidak lagi memancing di tempat itu dan tidak lagi membawa parang kecuali parang aku sendiri. Hendak tahu umur aku masa itu 16 tahun. Begitulah kesah hidup ku.
Ahad, 16 Oktober 2016
Surat Kepada Penunggu Lombong
Habis saja time kerja, aku terus saja ke Gerai Makcik Meon untuk minum petang. Nak balik terus kerumah sewa bujang, apa ada. Tidur saja yang boleh. Sampai-sampai terus order air dan makan kueh apa yang ada.
Mak cik beri tahu ada budak lemas di lombong belakang gerainya. Kira-kira 300 meter saja dari gerainya. Tengah hari balik saja dari sekolah budak-budak yang rumah setinggan mereka berdekatan kawasan lombong itu akan mandi disitu ramai-ramai. Berpesta betullah. Budak-budak sekolah rendah. Terjun punya terjun seorang daripada mereka tenggelam tidak timbul-timbul lagi. Yang lain habis penik. Datang semua mak bapak dia orang. Memang kecuh. Pasukan penyelamat sudah dipanggil dan sudah pun memulakan tugas. Sejak tengah hari tadi hingga ke petang masih belum berhasil mendapatkan mangsa.
Sebaik keluar dari kedai mak cik Meon, aku cuba meninjau-ninjau dari kejauhan kearah tempat kejadian, memang ramai betul orang. Belum ada kejadian seperti ini sebelum ini. Dulu-dulu dengar cerita orang di Kampong Datok Keramat Kuala Lumpur tempat ini tempat buangan mangsa-mangsa trajedi berdarah 13 Mei. Tempat ini memang dah berpuaka. Kalau begitu mesti ada cara ghaib untuk mengeluar mayat budak tu. Itu yang aku fikirkan dalam perjalanan balik kerumah kira-kira 600 meter dari tempat kejadian. Syaitan dan iblis memang ada dimana-mana sebab jumlah mereka 9% dari jumlah manusia. Kalau kita percaya tempat itu ada dia, memang adalah dia disitu. Dia mengikut kepercayaan orang ramai.
Sampai di rumah aku masih mencari ilham macam mana nak buat. Ilham ni dua martabat, satu dia datang sendiri dan kedua ilham kena cari. Baru aku ingat satu kaedah. Tidak berlenggah lagi aku mengambil sehelai kertas lalu menulis Bismillahirahmanirahim. Wahai dot dot (ini rahsialah tak boleh share sebab tak mahu digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab). Siap tulis aku lipat elok-elok dan terus simpan dalam poket baju.
Pagi 7.30 aku dah keluar rumah. Begitulah setiap pagi. Aku akan lalu ditepi lombong itu. Setibanya ditepi lombong itu aku campak surat yang telah aku ikat dengan batu kedalam lombong kira-kira 5 meter dari tebing. Dan aku terus ke gerai makcik Meon untuk minum pagi dan aku pastikan sebelum 8.00 am aku dah ada dalam pejabat.
Petang selepas habis kerja biasalah pergi minum dulu dan bertanya makcik apa ceritanya budak lemas tu. Nampaknya tak ada apa-apa perubahan. Masih tak dapat.
Aku pun berjalan pulang kerumah dan melihat ketempat pencarian. Orang masih ramai. Dan pertugas keselamatan masih terkiai-kiai melempar besi penyangkuk ketempat mangsa yang difikirkan tenggelam. Namun tak berhasil. Aku lantas pergi ketempat aku buang surat tu dan berdiri sambil berkata, "mengapa kau tak lepaskan budak tu. " Tiba-tiba air lombong berombak dengan kuat dan terdengar orang ramai menjerit. Aku lihat dengan mata aku mayat mangsa mengambor setinggi tak kurang 15 kaki dekat dengan tempat pencarian. Aku tinggal tempat itu dengan penuh rahsia sehingga cerita ini ditulis.
Ahad, 1 November 2015
Jerebu
Sejak kedatangan jerebu kenegara ini, berbagai gelajat manusia yang dapat kita lihat. Itu semua melambangkan corak keperibadian masing-masing.
Rata-rata rakyat tidak dapat menerima kedatang jerebu yang melanda negara ini, yang juga dirasakan oleh negara Brunei dan Singapura. Ekuran pembakaran ladang dan hutan di Indonesia. Api yang membesar tidak dapat dikawal, lantas asap dari kebakaran itu dengan pantas dibawa angin kenegara-negara jiran. Eroninya rakyat cepat sangat menyalahkan pihak kerajaan yang dikatakan tidak bersiap siaga menghadapi kedatangan jerebu.
Jerebu memanglah sesuatu yang menyusahkan kerana ia menutup pemandangan, yang indah jadi tidak indah. Jika sebelum jerebu pokok-pokok, bukit-bukau dan gunung-ganang dapat dilihat memghijau dan membiru, tetapi dengan kedatangan jerebu semuanya kelihatan putih disana sini. Dan bila kedatangan hujan keadaan alam menjadi gelap. Hari-hari media sosial, letronik, dan media cetak melapur berita pasal jerebu.
Jerebu mendatangkan beberapa kesan dinegara ini, diantaranya bertambahnya persakit peparu bagi pengidap asma, selasema. Negara menerima kekurangan pelancung asing sekali gus mengurangkan sumbar hasil negara. Sekolah-sekolah ditutup beberapa ketika. Sukan bola juga tergendala.
Bagi pihak kerajaan pula beberapa langkah diambil bagi memenangi situasi jerebu seperti membuat hujan tiruan. Rundingan juga telah diadakan bagi kedua belah pihak negara yang terlibat, Malaysia dan Indonesia. Siasatan juga telah dibuat bagi mengenal pasti mereka yang terlibat membakar besar-besaran secara terbuka. Sepatutnya syarikat-syarikat ladang yang terlibat membayar ganti rugi kepada pihak yang menjadi mangsa. Mereka hanya mengejar keuntungan tetapi pihak lain yang menanggung rugi. Masjid-masjid dan surau-surau saban jumaat mengadakan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah agar keadaan menjadi normal.
Apa pun kita bersyukur kini keadaan telah pulih.
Selasa, 16 September 2014
DENDAM 2
Apa benda ni! Kepala lembu dan badannya beruang. Menari-nari dengan kaki dua.
"Kau ni siapa? Kau siapa? Kau hendak apa?," tanya saya. Tidak ada jawapan. Lembaga itu masih menari dan menari.
"Hoi! Aku tak ada gendang, tak ada kecapi,tak ada seruling nak melayan kau menari," sambong saya. Lembaga itu buat tidak faham, atau memang dia bisu.
"Aku tak ingin berguru dengan kau. Aku juga tak mau ambik kau menjadi murid aku. Berambus! Bermbus..keluar keluar," jerekah saya. Dalam keadaan macam ini apa pun saya dah lupa, dah tak ingat. Kelam kabut. Lama kemudian baru teringat nak baca ayat itu, ayat ini, yang mana dulu nak dibacakan, untuk menghalau jembalang puaka ini. Saya cuba baca ayat kursyi. Baca. Baca. Baca. Dan disambong dengan bacaan bismillah 21 kali. Dengan izin Allah, lembaga itu semakin mengecil,dan mengecil, satu bunyi "pop" kedengaran, lalu lesap dalam udara. Saya hampir pensan,bukan kerana saya takut, tapi letih yang amat sangat.
Malam kedua
Kali ini saya dah bertambah semangat. Saya fikir dia mungkin datang lagi, mungkin dalam bentuk lain pula. Tunggu punya tunggu, jam dah hampir tiga pagi. Tiba-tiba satu bayangan menembusi dinding rumah daripada papan, satu lembaga perempuan menjelma sungguh mengerikan, rambutnya hitam melepasi bahu,mukanya putih, kuku jari tangannya sehasta panjang,dan berpakai buruk. Sepasang matanya mencilau melihat kearah saya. Nampaknya dia lagi sial daripada makhluk terdahulu. Dia duduk disudut rumah, berpindah-pindah, kejap disudut kiri,kejap disudut kanan. Lagaknya dia bila-bila masa hendak menerkam saya. Memang terasa nak runtuh jantong saya dengan pandangan matanya. Rasa-rasa saya dah tak boleh tahan, kalau boleh nak subuh secepat mungkin, supaya ada orang azan suboh. Supaya hantu ni boleh masuk kealam dia semula.
"Hoi kau ni siapa ! Siapa yang hantar kau kemari! Kau jangan ganggu hidup aku boleh. Aku tak ganggu hidup kau,' tanya saya. Dia tak menjawab, hanya kuku tangannya yang boleh keluar masuk, dan menunjuk-nunjuk kepada saya.
"Hoi! Kau keluar dari rumah aku ni boleh tak, keluar sekarang," Namun dia tak bergerak. Saya baca ayat kursyi juga tak menjadi apa. Mungkin bacaan saya yang tak betul sebutan..Dalam pada itu kedengaran azan subuh dari masjid berdekatan, lembaga setan itu mengecil dan mengecil, dan mengeluarkan bunyi "pop" lalu ghaib.
Saya terasa amat letih dan mengantuk begitu teruk sekali..
Malam ketiga
Saya pasang telinga, dan kawal perasaan saya, bila terdengar ada sesuatu yang bergerak didepan pintu rumah. Kemudian saya terlihat kuku-kuku jari dari sepasang tangan muncul dari bawah dedaun pintu. Kuku-kuku menggaru-garu lantai kayu, betul-betul mengganggu.
"Hoi dah tak ada kerja lain ke?", sergah saya. "Aku hentak kau nanti," sambong saya. Kuku itu menghilang, rupa-rupa setan beralih kebelakang rumah. Dia menggaru-garu dinding papan dari atas ke bawah berulang-ulang. Kemudian tak ada apa-apa kedengaran lagi selepas saya membaca ayat kursyi ..Senyap terus.
Selepas kejadian tersebut saya sakit teruk kerana tekanan perasaan yang amat sangat. Kakak saya datang dan bawa kehospital dan ditahan hampir tiga minggu. Dalam masa itu rumah pusaka itu musnah terbakar. Abang saya dah lama suruh saya keluar dari rumah itu sebab rumah itu hendak dijual dan rumah itu sudah dicagarkan kebank. Saya tetap berkeras tak mau keluar.
Begitu cerita Zamshah kepada saya. Dia keturunan Pakistan.
Kesimpulannya memang ini tak syak lagi adalah permainan sihir untuk mengusir penghunai rumah itu agar meninggalkan rumah berhantu, yang akhir membuat adik beradik berpecah dan merempat.
Khamis, 11 September 2014
DENDAM
Ada jemputan kahwin hari ini, sejam sebelum majlis bermula pada pukul 12 tengah hari. Macam ini mana boleh. Paling tidak dua hari sebelum majlis tersebut. Aku tengah siap-siap nak pergi lepak disebuah taman kira-kira 2 km dari rumah. Dengan menunggang motor 5 minit sampai. Tapi tak terus ke taman, makan dulu di kedai mamak yang berdekatan. Siap makan baru aku bergerak ke taman. Motor aku parkir didepan pasar raya. Taman tu tak jauh dari pasar raya kira 300 meter saja.
Aku duduk disalah satu ponduk yang disediakan untuk pengunjung, sambil membaca akhbar mingguan, dari muka depan kemuka belakang. Didepan aku, sebuah tasek mini. Kaki pancing akan datang memancing waktu petang dan malam. Toman, haruan, keli, telapia, udang dan kura-kura menjadi penghuni tasek ini. Dipondok ini hanya aku berdua dengan seorang lelaki Cina sekitar 70an. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Dia tak senyum. Aku pun malas nak senyum.
Tiba-tiba aku terpandang susuk badan tinggi lampai dengan tangannya berbedung. Semangkin dekat semangkin dekat. Macam kenal je. Aku angkat tangan. Dia pun angkat tangan. "Salamu alaikum Zam," kata aku. "Mualaikum salam tuan. Tuan buat apa kat sini," balas Zamshah. "Saja saja duduk je. Tangan kau ni kenapa jatuh ke Zam," tanya aku. "Saya digigit anjing. Pertama kali anjing tu terkam saya,saya sepak terperlanting anjing tu jatuh longkang. Dia bangun balik terus terkam tangan saya, dia goyang goyang..patah ni tuan," katanya. "Malang nasib kau Zam, sabar jelah. Dah buat suntikkan anti baitik. Oklah tu,"kata aku. "Semua dah buat," tambah Zam.
"Seminggu selepas raya aidilfiltri saya ada datang kenduri kahwin dekat rumah Zam di Taman Kenanga, tapi rumah peninggalan orang tua Zam tu kata orang telah dibakar! Apa cerita ni Zam," tanya aku panjang lebar."Panjang ceritanya tuan. Sebelum rumah tu dibakar bermacam kejadian pelik berlaku sampai saya dimasukkan ke Hospital Selayang" kata Zamshah. "Pelik yang macam mana ni, cuba cerita sikit," aku dah stat nak tau ni. Mari kita dengar cerita dia.
Kesah ini berlaku berturut-turut malam selama tiga malam, menghampiri pukul 3 malam.
Malam pertama.
Malam itu saya tak dapat melelapkan mata. Panas dalam rumah semacam. Jam dah hampir kepukul tiga pagi. Dalam melayan fikiran yang tak keruan itu, tiba-tiba terdengar ada benda jatuh kedalam rumah. Bergegar rumah dibuatnya. Tak nampak apa benda yang jatuh itu. Dalam saya terpinge-pinge itu..astghafirullah..(ikuti sambongannya diblog akan datang)
Rabu, 27 November 2013
Misteri Perempuan Berbaju Hitam 2
Siri kedua dan terakhir
Sara tak pasang lampu. Hanya cahaya lampu dari luar menerjah masuk kebiliknya. Keadaan samar-samar. Perasaan Cek Mat menjadi seram semacam. Sara tiba-tiba telah bertukar wajah menjadi perempuan hodoh dengan sepasang mata yang merah. Dia juga tiba-tiba menjerit dengan sekuat-kuatnya sambil memusing-musingkan kepala dengan ligat, manakala kedua-dua tangannya dikuak-kuakkan keatas dan kebawah seperti burung yang hendak terbang,dan apabila dia berhenti rambutnya akan menutupi mukanya,dan dari celah-celah rambut itu akan menampakan matanya yang merah merenong kearah Cek Mat. "Eh!! Awak ni kenapa, janganlah menjerit, nanti semua orang dengar," kata Cek Mat kepada Sara. Sara tak perduli. Dia terus saja mengulang-ulang perbuatannya. Sara tak menjawab. Dia dah tak boleh berkata seperti mana Sara yang dulu. "Dalam hati saya masa tu Sara ni bukan lagi manusia, inilah yang orang katakan puntianak," terang Cek Mat. Pendek kata jeritan Sara boleh membuatkan siapa saja pengsan atau mati kerana ketakutan. "Tapi saya tak rasa takut," kata Cek Mat.
Akhirnya Sara hilang begitu saja. Hilang dari pandangan. Dalam hati Cek Mat tak mau fikir apa-apa lagi. Dia mau keluar. Dia cuba mencari jalan keluar tapi tak jumpa. Sudah puas berpusing-pusing sampai dititik yang sama juga. Dan sekarang baru dia terbau,bau busuk yang teramat sangat seperti bau mayat. Dia cuba memanjat dinding yang tingkapnya daripada kaca tebal,dia nampak sayup sayup kebawah, nampak lampu-lampu kereta, lampu-lampu kedai dan lampu-lampu jalan. Rupa-rupanya Cek Mat berada ditingkat 4 bangunan dimana dibawahnya adalah kelab malam. Anihnya masa dia naik keatas tadi satu tangga pun dia tak pijak, sebaik Sara memeluk pinggangnya sekelip mata dia dah berada dibilik Sara.
Jam sudah pukul 4 pagi Cek Mat masih tak dapat keluar. Setelah berpusing-pusing entah berapa puluh kali, dia ternampak satu cahaya tak begitu besar sangat, dia ikut ikut dan ikut, Cek Mat ternampak pintu kelab malam itu terbuka dengan sendirinya. Ajaib!!. Apa lagi dia tak tunggu lagi. Cabut. Akhirnya Cek Mat selamat keluar.
Sejak kejadian itu Cek Mat pergi lagi ke kelab malam tersebut tetapi tak jumpa Sara, mungkin Sara telah menukar wajahnya yang baru. Mak Cek Mat, saya panggil Makngah, katanya," kadang kadang makngah dengar juga orang memanggil kat luar rumah tengah malam..Mat...Mat..buka macam suara orang..seram bunyinya..hii takut makngah."
Semenjak saat itu juga Cek Mat merasa satu keanihan pada dirinya,dia merasa badannya berbau busuk macam bangkai, walaupun disabun berkali-kali bau tu tak mahu hilang. Orang lain yang dekat dengan dia tak de bau apa-apa. Bau tu hanya hilang dengan sendirinya 2 bulan kemudian.
KESIMPULANNYA
Ya kita pernah dengar dalam sejarah Islam, dimana iblis menjelma menjadi manusia. Dalam kesah Cek Mat jelas puntianak adalah dari iblis yang tugasnya untuk menyesatkan manusia,bahkah berupaya menyerang dan membunuh manusia. Tetapi oleh kerana Cek Mat orang yang berani dan kental usaha iblis itu gagal. Puntianak memang suka mendekati lelaki yang suka berseorangan,tambah pula pergi ketempat-tempat sebegini. Jangan kata puntianak tinggal diatas pokok-pokok kayu dihutan-hutan, mereka juga tinggal dihutan-hutan batu..dibilik-bilik rumah yang kosong.
Ahad, 3 November 2013
Misteri Perempuan Berbaju Hitam
Cek Mat kalau nampak aku datang, tersenyum lebarlah dia. Suka sangat,sebab aku jarang dapat berjumpa dia. Dua tiga tahun sekali berjumpa. Memang aku kenal dia dari kecil lagi. Cek Mat bersekolah rendah saja. Bapaknya kata," dia tak nak sekolah." Bapanya tak bertegas dengan anak-anaknya.
Walaupun dia tak sekolah tinggi, dia selalu ada dirumah bersama keluarga. Bukan maksudnya dia duduk saja. Dia buat kerja-kerja kampong. Jadi budak kampong. Sekali sekala dia berjalan juga ke Mentakab. Satu satunya bandar yang paling hampir dengan kampongnya.
Cek Mat seorang pendiam. Dia hanya mahu berborak dengan orang yang betul-betul kenal dengannya. Orang macam aku dia suka. Dalam makrifat aku, Cek Mat ni ada menyimpan sesuatu rahsia peribadi. Aku nak cuba korik rahsia dia.
Setahun dulu aku telah datang kerumahnya, kerana aku dah lama tak jumpa dia dan keluarganya. Aku pergi bersama dua orang adik perempuan aku. Kami pergi dengan menaiki kereta dari Kuala Lumpur. Aku sendiri yang pandu kereta..kereta aku. Ketika aku sampai Cek Mat ada dirumah. Ibunya dah uzur, umur dah 85 tahun. Mata pun dah kabor sangat. Dia hanya kenal suara aku je. Masa yang sedikit itu aku ambil peluang berborak-borak dengan Cek Mat.
Satu soalan yang aku tanya Cek Mat, " Cek Mat tak ada awek ke?." Jawab Cek Mat," tak de bang,ramai perempuan yang suka Cek Mat, tapi Cek Mat yang tak mau." Tanya aku, " kenapa cam tu, jangan jangan Cek Mat dah serik kot ha ha." Jawab Cek Mat," saya ada cerita nak cerita kat abang." Sambong aku," bagus jugak tu Cek Mat."
Begini cerita Cek Mat:
Saya selalu ke Mentakab, ke Kelab Malam. Di Kelab Malam itu, saya berkenalan dengan seorang perempuan, namanya Sara. Sara sangat cantik berbanding dengan perempuan-perempuan lain di kelab itu. Rambutnya hitam berkilat,lebat,berkeriting halus, dan panjang sampai kepinggang. Matanya hitam tajam. Tutur katanya pun boleh tahan. Lama jugalah saya kawan dengan dia.
Nak dijadikan cerita. Satu malam, kira-kira pukul 9, saya pergi ke Kelab Malam, memang niat nak jumpa dengan Sara. Saya duduk ditempat biasa. Sekejap kemudian Sara pun muncul. Dia beri tahu, kalau nak jumpa dia, tunggu pukul 12 malam dalam kelab ini. Lepas itu dia keluar. Sara macam sibuk je malam tu,tapi itu saya tak kesah. Saya mesti tunggu dia, macam saya dah rasa sayang,dah rasa cinta dengan Sara.
Tunggu punya tunggu,tepat pukul 12 malam Sara datang. "Abang tunggu jangan keluar,biar semua orang keluar," kata Sara. Ketika penggunjung sibuk keluar, taukeh dan para pekerjanya sibuk berkemas dan menutup semua pintu, yang peliknya tak seorang pun dari mereka yang nampak kami yang masih berada dikelab tersebut. Kecut perut saya, memikirkan macam mana nak keluar nanti. Lampu-lampu telah dipadamkan. Keadaan gelap gelita. Mampus saya macam ni,tapi itu segera hilang bila teringat Sarah ada bersama.
" Mari pergi ke bilik saya," kata Sara. Sara peluk saya. Saya terasa macam terangkat oleh pelukkan Sara. Dia bawa saya ketempat yang dímaksudkan, dan tiba-tiba saja dah sampai, tapi saya tak syak apa-apa pada Sara,sebab pada saya dia hanya seorang perempuan yang baik. Dia pandai bercerita, macam-macam cerita dan manja pulak tu.
# Siapa kah Sara, ikut Episode selanjutnya...
Khamis, 3 Januari 2013
Hari-hari yang menyakitkan
Kepala ku sakit berdenyut-denyut memikirkan perkara yang lalu timbul semula. Memang aku ada membuat salah, tetapi aku sudah meminta maaf dan mahu perkara itu jangan diingat-ingatkan lagi. Yang lepas biarkan pergi jangan di ungkit-ungkitkan lagi. Malang nya tidak begitu. Betullah kata perpatah sekali kita membuat kesalah sampai bila pun orang ingat walau pun pada hakikatnya mereka telah menerima kemaafan dari kita. Tak apalah kalau dah begitu kehendaknya. Ya aku harus mencari sesuatu kepastian agar kesah buruk ini tak akan menjadi titik hitam yang menghantui kehidupan aku.



